Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, December 23, 2009

Alhamdulillah..

Alhamdulillah, syukur kepada Allah yang maha esa, itulah yang hanya mampu kuucap ketika mana majlis perkahwinan abg iparku di pekan pahang selamat berjalan. Ditambah pula dengan keputusan doktor yang mana akuberansur pulih dan tak perlu mengambil ubat lagi setiap hari. Alangkah pemurahnya Allah kerana walaupun aku seringkali gagal untuk menjadi muslim sejati namun nikmat demi nikmat tetap diberikan padaku.

Asal aku xe??? lupa lak, aku yg amik gambar. ini lah rombongan pengantin lelaki


 Teringat zaman kawin dulu, hehehe

Majlis walimah abg iparku berjalan lancar, walaupun ade sedikit kelam kabut masa nak nikah. huhuh. emosi demi emosi diduga, bak kata makcik ina, kerja yang baik ni biasa digangu oleh syaitan, kita kenae kuat la. Jalan balik kl tu ngantuk giler, dah la isteri kesayangan n ipar2 ku bantai tdo je, aku pun terjoin gak sesaat dua. sib baik ayah stop kat r7r temerloh. lega sket. selamat sampai shah alam dalam kul 10 malam. kang 2 jan kenduri kat shah alam plak, ape la nak bantu, x penah melibatkan diri kalau kenduri kat dewan, biasa kat kg dok merewang masak. huhuh. cuba la mana yang patut..
Hehehehe dah takyah bawak ubat g jalan2 lagi. doktor dah sahkan elok... selamat tinggal teman baikku ubat. ade lagi lebih. hospital bg banyak harti tu, nak kene pulangkan ke? kalau jual laku tak? ahahahhaha. simpan la kot. leh makan sebulan sekali buat2 gian makan ubat. Semoga sihat sejahtera selamanya.

Wednesday, December 16, 2009

Kerja. Ikhlas kah?

Sukarnya bila nak meletakkan keikhlasan dalam melakukan sebuah perkejaan, tidaklah semudah yang ku sangka..
Hari ni pepagi lagi nak kene 'fire' dengan bos. mana taknya kerja yang dier nak urgent baru hari ni aku minta sign. salah akukah? setelah hampir 3 tahun buat kerja melebihi gaji, hampir 3 minggu tanpa bos kecik. dari hal kecil sampai besar nak kene cover. bagi aku boleh je nak tolong buatkan tapi priority keje aku la, tapi bila kene marah sebab kerja yang tolong orang ni dah jadi cam marah pun ade. Sehingga sekarang masih tertanya2 adakah aku tidak ikhlas dengan pekerjaan ku selama ni, kenapa nak marah n tak puas hati? Ya Allah berilah kekuatan untuk aku menerapkan keikhlasan dalam menunaikan kerja.
Alhamdulillah selepas explain hampir sejam dapat gak sejukkan hati bos besar, heheheh bukan main tai chi master tau, memang explain betul2. mujur la bagai kutub utara dah hati dier, sejukkk je.. huhuh. kalau tak panas punggung kat kerusi ni.
Semalam bos kecik dah masuk, digantikan dengan pegawai br dari cawangan PROKOM, hehehe harap2 kurang sket beban kerja aku ni. (boleh ke?) semua pesan, ajar la bos br tu camne cara2 kerja kat sini. heheh teringan bos lama dulu br masuk, rasanya perkara ni akan berulang jugak, bos akan bersilih ganti tapi aku tetap ditakuk lama, benarkah? ohhh tidak aku mempunyai cita-cita, ape yang aku cita kan? heheh tunggulah sehingga aku berjaya sama-sama kita kongsikan. InsyaAllah

Tuesday, December 1, 2009

Hari Raya Qurban

Salam..

Alhamdulillah, syukur ke hadrat ilahi kerana nikmat yang diberinya. Alangkah seronoknya ketika menunaikan ibadah qurban bersama orang-orang kampung yang bergotong royong melapah daging lembu tanpa mengira darjat mahupun fahaman politik, semuanya berkerjasama. Inilah yang sangat diharapkan sebagai oarang islam sedah semestinya kita semua bersaudara dan saling berkerjasama dalam kehidupan seharian.

Sebanyak 9 ekor lembu yang di korbankan dan dapat disiapkan sebelum tengah hari, alangkah seronok melihat remaja-remaja yang masih lagi disekolah menengah yang sangat teruja untuk melapah daging, tumbang sekor terus kene kerumun, hehehe rasa semangat diorang jauh lebih baik dari aku dahulu. Kami pula biarkan mereka melapah bersama kawan-kawan mereka, janji mereka nak buat. Teringat hari tu di masjid, ada kanak-kanak masuk dan lari, ade seorang hamba Allah terus jerkah budak tu dan suruh main kat luar. Kesian pun ade, macam mana la kanak-kanak nak nerjinak-jinak dengan surau, rasa boleh je tunjuk ajar n beri penerangan yang betul. Rasanya perlu diubah pendekatan ikut cara yang sesuai dengan individu.

Selesai membantu melapah daging terus kerumah hendak bersiap2 ke rumah mertua pulak, tapi macam tak tahan je tengok daging korban tu.. nak rasa jugak walaupun masa agak suntuk. Keluar rumah cari arang, time tu jugak bakar arang dan makan lah kami sekeluarga daging bakar, walaupun niat nak makan daging bakar, alang2 bakar terun la jugak ayam n ikan, heheheh. Alhamdulillah.. semoga pada umat islam yang mengerjakan ibadah korban akan bertambah rezki dengan kehendak ilahi. InsyaAllah kami sekeluarga akan cuba mengerjakannya pula tahun hadapan dengan sepakatan semua. InsyaAlllah.