Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, August 9, 2010

ERSEDIAAN UNTUK BULAN RAMADAN – Bahagian 1

PERSEDIAAN UNTUK BULAN RAMADAN Bahagian 1

Sebahagian besar sumber bahan digunakan untuk kuliah ini diambil dari Shaikh Muhammad Hussain Yaqoob anak murid Shaikh Uthaimeen Rahimahullah.

Tanya diri kita kenapa kita harus membuat persediaan untuk bulan Ramadan?
Salah satu jawapannya ialah untuk memperolehi hasil yang sepenuhnya.

Bulan Ramadan ialah bulan dimana kita melakukan pengorbanan yang paling besar dan memperbanyakkan ibadah-ibadah seperti amalan membaca Al-Quran, melakukan ibadah Qiamullail dan sebagainya. Mengapakah kita mengerjakan ibadah-ibadah yang hebat seperti ini tetapi masih tidak ada perubahan pada diri kita? Ini disebabkan kita tidak cukup ilmu lantas tidak cukup persediaan untuk meraih keberkatan Ramadan. Kita gagal menikmati Ramadan kerana kita kurang maklumat dan penghayatan mengenainya.  Kita seharusnya berpuasa di bulan Ramadan kerana ia adalah benar-benar bulan yang sepatutnya kita berpuasa.  Sebelum melakukan persediaan itu, kita seharusnya mempunyai perasaan tersangat rindu untuk menyambut kedatangan Ramadan. Diriwayatkan bahawa 'ulama Salaf merindui bulan Ramadan enam bulan sebelum datangnya Ramadan. Gangguan-gangguan (distractions) seperti anak-anak, suami, isteri, kerja, masalah keluarga, boleh melemahkan dan menurunkan iman kita.  Oleh itu bulan Ramadan adalah masa untuk kita menghidupkan kembali (recharge) keimanan kita!

Kita semua mengetahui di bulan Ramadan, para syaitan dibelenggu, pintu-pintu syurga dibuka luas dan pintu-pintu neraka ditutup rapat. Walaupun kita semua telah mengetahui semua ini, adakah kita renungi dan dalami hakikat ini?  Daripada bermulanya bulan Ramadan berlakulah perubahan pada alam semesta.  Tanya diri kita sendiri bagaimana jika Ramadan kali ini adalah bulan Ramadan yang terakhir buat kita?

Nota: Kita dapat apa yang kita hajati!  Maksudnya di sini apa sahaja yang kita ingin lakukan, itulah yang kita akan perolehi. Kita mesti cuba untuk membuka 'matahati' kita, seperti kata Shaikh Hussain Yaqoob, Matahati yang merindui Ramadan akan dapat menciumi bau bulan Ramadan seperti Yaaqob telah terbau baju anaknya Yusuf”.

Kita harus menyedari apakah maksud bulan Ramadan.  Segelintir cerdik pandai mengatakan bulan Rajab ialah bulan dimana benih-benih mula ditanam. Syaban adalah bulan dimana benih-benih itu disirami air dan Ramadan ialah bulan dimana hasil-hasil buah-buahan dipetik.

Bulan Syaban adalah bulan yang kita harus berpuasa sebanyak mungkin, sebanyak yang kita mampu, membaca Al-Quran dan memperbanyakkan zikir-zikir. Jadikan ia bulan ibadah untuk menyambut kedatangan bulan Ramadhan.

Salam Pangeran...

Mohamad Norizzammudin Bin Zulkiflee
0132829759
http://ketuapangeran.blogspot.com/

Hadiah Hari Jadi Mak

Alhamdulillah, terima kasih kepada kakak yang memberi idea nak bagi hadiah ape untuk emak tersayang pada tahun ni. Atas perbincangan pendek, kami adik beradik sepakat untuk menghadiahkan emak 'Al-Qallam' iaitu sebuah al-quran Elektronik. Hehehe bukan ape, semoga dapat membantu emak dalam mengulangkaji al-quran. Agak menarik jugak sebab selain bacaan yang jelas, boleh jugak mendengar terjemahannya. Ia akan membacakan ayat yang kita sentuk pada al-quran yang dibekalkan. Kita boleh la menyemak sedikit sebnyak tajwid yang sebenar sekiranya kita baca cam tak confident aje, hahahhaha. Terkejut jugak bila telefon mak ucapkan selamat hari lahir, tergetar2 suara cam nak nangis ckp terima kasih sebab dapat hadia, huhuhuh, semoga mak seronok dan bahagia dapat anak2 macam kami. Waalaupun kami x dapat beri yang terbaik, InsyaAllah akami cuba buat yang terbaik., Semoga mak sentiasa dalam linduingan Allah yang maha esa.

1st Muadz dengan Usrah Ayah


 Alhamdulillah, Muadz dah 3 bulan lebih, macam-macam pengalaman yang dilalui, Muadz pun dah makin aktif. dah pandai respond, gelak2  huhuhu seronok main dengan dia. Cuma last week Muadz tak sihat dan dibawa ke klinik, doktor sahkan ade jangkitan kuman pada paru-paru. Doktor advise pergi hospital, namun disebabkan ade masalah sikit, cuma mintak doktor cuba rawat guna ubat dulu. Alhamdulillah malam tu banyak perubahan menunjukkan Muadz makin pulih dan tak perlu ke Hospital. Cuma kesian sebab kecik2 lagi dah kene makan ubat sampai 4 jenis. Mungki ini dugaan yang Allah berikan pada Ayah dan Ummi dier. Semoga Muadz semakin pulih.

Akhi Fareed Fahmy training dukung baby untuk masa depan
Akhi Huzaifah dan akhi Shah sibuk melayan Muadz




akhi Anwar dan akhi Amri yang khusuk









Muadz yang stanby nak mencelah dalam usrah










Buat pertama kalinya Muadz join usrah kami yang dibuat dirumah sendiri, Alhamdulillah Hampir semua hadir kali ni, cuma akhi faizul x dapat hadir disebabkan kekangan tugas, Terkejut jugak sebab jarang2 dapat kumpul seramai ini, hehehe sampai x cukup la cawan nak hidang, maklumlah duduk berdua jer. sib baik banyak cawan hadia kawin x guna lagi. dapat jugak menampung kehadiran tetamu yang dirahmati Allah. InsyaAllah Muadz sertai lagi program seperti ini. Kepada semua sahabat2 usrah, terima kasih kerana memeriahkan Muadz....