Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, December 5, 2011

Kursus Team Building

29 November 2011 hingga 1 Disember 2011, aku menghadiri kursus team building di PD. Alhamdulillah selamat sampai setelah hampir 2 jam menaiki motorsikal dari rumah ke PD. Agak kerja gila gak la g kursus naik motor, hehehe ape nak buat. kalau bawak keta kang camno wife nak ke pejabat kan? so belasah je. Perjalanan agak releks sebab bawak sambil menikmati pemandangan alam sekitar, heheheh. sampai KLIA tetiba rasa cam lama lak tak jumpa simpang, bukak kertas map, hahahahah dah terlajak rupanya, sib baik ade trafik light terus u turn n masuk simpang ke kuarters KLIA, jalan terus dengan yakinnya hinggalah aku sesat dalam bandar enstek, ceh ape la, tapi ok gak, aku jumpa masjid cantik kat situ tapi x sempat nak snap gambar. Bila dah yakin x jumpa arah barulah aku deside guna PAPAGO. hahahah naik motor pakai GPS, letak kat beg n follow, ade gak la brader yg gelak2 tgk aku, biarla janji sampai. 
Jalan sampai area tanah merah, hujan plak nak menemani journey aku ke PD, hahahah best plak ade yg sudi menemani, so aku pun stop kat bus stop nak transform baju hujan. kat bus stop ade sorang Apek tua sedang berteduh, gaya macam baru balik kebun, sian aku tgk, dah berusia camtu masih kerja keras, patut dah boleh buat kerja2 ringan je. sembang la lebih kurang 15 mint, banyak la nasihat diberi sehinggakan bgtau area tu ade port org samun, so hati2, dkt2 ngan shell kot dia kata. So aku pikir kalau jumpa Shell, bwk laju2, hahaha. Pastu dia citer dier nak g pekan nak fotostate lesen menembak, terkejut gak aku tgk, betul ke org tua ni menembak, larat plak dia angkat senapang. lepas tgk, betulla ade lesen, rupa-rupa nya side income dia pegi buru binatang exotic untuk dijual. perghh ganas gak. Okla pak cik saya mintak diri, perjalanan masih jauh, kang layan2 pakcik ni boleh sampai esok citer pasal dier. 
Kat kursus agak best jugak la tapi bg aku jadual agak padat, patut longgarkan sikit aktiviti sebab nak bersantai tepi pantai, cheewahh.. banyak ilmu dipelajari, ilmu yang takde dalam peperiksaan, ilmu perhubungan dan komunikasi yang boleh diterapkan dalam hubungan sesama manusia n dakwah.. Rindu pada Muadz n Ummi Muadz..... first time lama tinggalkan rumah. Hari terakhir, tamat je  kursus terus start motor n gerak sebab tgk hujan cam nak teman aku jugak je balik tu. Sempat lari dari hujan, sejam setengah dah selamat sampai rumah, disambut oleh Muhammad Muadz d depan pintu, Alangkah indahnya perasaan masa tu, Ya Allah aku bersyukur padaMu atas Nikmat yg diberikan,,,,


Pemandangan dari balcony, masa mula2 sampai

Teringat, Kalau air laut diambil untuk ditulis kalimah2 tuhanmu maka akan habislah air laut itu, jika ditambah dengan tujuh laut sekalipun pasti tidak akan habis kalimah2 itu ditulis

Kata penceramah, apa kata kita? "ilmu, iman , Amal"

Pemandangan waktu senja, org lain sibuk main banana boat, aku sibuk duduk tgk gelagat manusia sambil layan al-mathurat, layan beb

Menikmati keindahan ciptaan Allah...

gambar ori sikit

Berapa banyak kerugian?

x jd lak gambar ni

takde org la, semua g keje

antara pemimpin dan pengurus

tugasan membina jambatan.... kami kalah, hilang kelayakan, sebab keta xleh lalu

Zulhisam Sapeciay