Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Sunday, June 30, 2013

Hari terakhir di UTM skudai

Sibuk dengan lab, tak.sempat bergambar. Inilah kenangan di saat-saat sebelun balik

Minggu yang memenatkan

Alhamdulillah, telah berlalunya minggu yang dangat mencabar mental & fizikal. Sekalipun gagal untuk melengkapkan 100% namun aku tetap berpuas hati dengan kerja-kerja yang dijalankan sepanjang minggu makmal di UTM. Kami diuji dengan sedikit kepayahan serta beperang dengan masa yang ditetapkan. Dalam keadaan ini lah kerjasama setiap orang sangat diperlukan. Tidak dinafikan juga disaat- saat tekanan inilah pada setiap orang itu mudah tewas dengan kesabaran. Begitu banyak benda yang aku kesalkan dengan tindakan dan percakapan di.saat-saat kelam kabut. Moga mereka menerima pohonan maaf dariku. Dalam tempoh ini juga aku dapat membuat profil tentang peribadi kawan-kawanku, terutamanya yang serumah denganku. Hahhaha teringat pesanan junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW bahawa sekiranya kita nak mengenali sahabat kita, bermusafirlah dengannya. Hmmm begitu banyak perkara dapat dipelajari, semoga dapat dijadikan pengajaran. Ape pun hari - hari yang memenatkan itu telah berlalu dan yang penting teruskan hati yang mendatang. InsyaAllah tahun depan akan muncul lagi.perkara yang sama dan mohon lebih banyak perkara baik dapat dilakukan...

Saturday, June 22, 2013

Muadz di UTM Skudai

Alhamdulillah, setelah sekian lama sibuk dengan kuliah hingga tak berkesempatan nak membawa anak - anak berjalan, hari ini diberi rezki oleh Allah untuk menceriakan hati Muhammad Muadz. Muadz happy bila dapat tahu nak pergi Skudai dengan aku, tok ayah n tok mak. Nampak keceriaan. Mujur kebetulan hari nak pergi buat lab d skudai bertembung dengan ayah mertua nak ambil anaknya di utm skudai jugak., jadi untuk menjimatkan kos, maka tumpang jer lah ke johor (balik belum pikir lagi macam mana)
Sampai disini sewa rumah tamu utm yabg paling murah, ade kawan kata sempit, tapi x kisah la, try. Sampai sini terkejut sebab dapat rumah tamu yang besar pada harga paling minimum. Kata org utm,.rumah tu dulu rumah felo, dengan selamber tanya, felo tu aper, terkejut staff situ tak terkata (nampak sangat kurang pengetahuan aku ni). Duduk sekejap lepas check in, family mertua ajak g jejalan bawak muadz, hahaha dari pukul 4 kuar pergi bawak muadz ke legoland, puteri harbour, and kiity world (tapi semua duduk luar jer tak masuk sbb 1. Mahal, 2, semua tutup pkl 6, kamu dampai.pukul.5,30 kat tempat pertama). Masa pukul 5 lbh tetiba rasa tak sedap badan, macam nak demam, jerebu kah? Atau makan tak berhati2. Tapi bila mertua semangat nak bawak anak ku berjalan, aku gagahkan juga. Bukan senang dia nak betjalan, nak harap aku memang tak tahu la bila. Berlari2 muadz berjalan dengan mulut petahnya bercakap sehingga kan x terjawab.
Sehingga la jam 8 malam baru bertolak nak balik untuk makan malam, kami semua sibuk bersembang dengan muadz bagi fia tak tertido sebelum makan malam. Alhamdulillah, sempat jumpa tempat makan sebelum dia tdo. Seronok tengok dia makan malam sebab makan dengan banyak, maybe prnat sangat kot sepanjang siang berjalan,.makan siang pun sikit.
Setelah diduga, tak lama naik kereta lepas makan, setelag tel ummi muadz, tumbang la dia kepenatan didalam kereta, mandi pun tak sempat sebab ngantuk sangat, tukar baju jer.
Bersyukur sangat pada Allah beri peluang padaku menggembirakan anakku walau pun dengan bantuan banyak pihak. Semoga aku mampu menjalankan amanah dengan baik.

P/s.. Ummi muadz n adik Zilal.tak dapat join sbb :
1, kereta macam tak.muat,.dengan barang adik ipar lagi.
2, Ummi ade program sabtu ahad,
Harap ummi n zilal tak jeles dan doakan diberi rezki untuk giliran kita sekeluarga...