Alhamdulillah, dalam kesibukan harian diberi peluang oleh Allah untuk membawa keluarga meluangkan masa bersama serta menikmati alam ciptaanNya. Walaupun hanya sehari namun kami cuba manfaatkan agar ia menjadi quality time bg kami. Suatu perasaan yang sangat gembira bila menlihat anak2 melompat, tersenyum dan melihat dengan bersungguh2 bila sampai ditempat yang agak asing dari pandangan sehari2 iaitu di rumah, sekiranya biasa dengan rumah tapi kini di tempat yang ada kolam, permainan dan laut.
Tak sabar nak menceritakan apa yang ditanya oleh mereka, memang terbukti bahawa semangat manusia boleh diperbaharui dengan mengubah beberapa element dalam kehidupan seharian, Dan cerita tentangnya pasti akan berlarutan sehingga seminggu.
Begitu juga dalam keadaan dakwah kita, kita makin lemah jika suassana sentiasa sama dan tiada sebarang pembaharuan, maka harus kita mempelbagaikan aktiviti liqo agar semangat baru tercetus dan melahirkan spark yang mampu mempercepatkab gerak kerja. Namun tidak lupa juga sekiranya pembaharuan itu dilakukan tidak terancang dan terlalu kerap maka lama kelamaan spark itu juga akan semakin kecil dan tiada semangat dihasilkan malah perasaan konsistency pula rasa tiada.
Alhamdulillah, puteri kesayangan Zilal sangat berani dan seronok apabila dimasukkan dalam air, sentiasa mahu bergerak kehadapan dengan tanpa ketakutan. Putera pula Muadz agak sangat berhati2 orangnya, masuk ke air sangat suka tapi apabila sampai tempat dalam yang berda di luar kawalnya sentiasa mencari alternative agar boleh mengelak. Begitu lanragam anak2, baru 3thn n 9bln, masih banyak pengalaman yang perlu mereka tempa dan tak kurang bagi kami sebagai ibu bapa, pasti banyak yang perlu dan hendak dipelajari, Wallahu'alam..
Dengan pengalaman baru kita kenal erti sebuah kehidupan. Kehidupan yang tak pernah dijangka apa dugaan. Semoga tabah dan sabar menjadi teman. Harap esok lebih baik dari hari ini
Thursday, October 17, 2013
Bercuti bersama keluarga
Wednesday, October 16, 2013
Fasal 3 Tauhid Zindani -Bahaya dan Kesan Jahil Ilmu Tauhid.
Bahaya dan Kesan Jahil Ilmu
Tauhid.
Ada orang yang meremehkan Ilmu Tauhid. Namun,
sebenarnya kesan kejahilan Ilmu Tauhid sangat buruk. Kita dapat ringkaskannya
kepada 3 kesan yang utama, iaitu:
Pertama: Dia dan Tuhan.
1. Tidak kenal Penciptanya dan hidup seperti
orang buta dalam kehidupan di dunia.
2. Tidak tahu tujuan Penciptaannya.
3. Tidak tahu hikmah kewujudannya di muka
bumi.
4, Kehidupannya berakhir tanpa diketahui kenapa
ia bermula.
5. Keluar daripada dunia (mati), sedangkan
tidak tahu kenapa dia masuk (hidup) ke dalamnya.
Firman Allah SWT:
"..Dan orang-orang yang kafir itu
bersenang-senang (di dunia) dan mereka makan seperti makannya binatang-binatang.
Dan neraka adalah tempat tinggal mereka." (Muhammad 47:12)
Kedua: Dia dan Dunia.
1. Terpedaya dengan kehidupan dunia kerana
tidak beriman dengan Hari Akhirat.
2. Menjadikan segala amal kerjanya adalah untuk
kesenangan dunia yang sementara.
3. Berlumba-lumba dengan habuan dunia tanpa
mengenal halal dan haram.
4. Bersifat Individualistik dan mengejar
kepentingan diri sendiri.
5. Rosakkan hubungan dengan masyarakat dan
sebabkan peperangan kerana kepentingan peribadinya.
Ketiga: Dia dan Agama.
1. Akidah dan amalannya rosak.
2. Dosa dan maksiat bermaharajalela
(berleleluasanya pelanggaran perintah Allah SWT).
3. Allah SWT akan menurunkan azab ke atas orang
Islam yang abaikan dan sia-siakan agama mereka.
Firman Allah SWT:
"Telah nampak kerusakan di darat dan di laut
disebabkan karena perbuatan tangan manusia, supaya Allah merasakan kepada mereka
sebahagian dari (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang
benar)." (Ar-Rum 30: 41)
Implikasi Ilmu Tauhid dalam kehidupan
Manusia.
Setelah kita melihat kesan buruk kejahilan
manusia kepada Ilmu Tauhid, kita beralih pula kepada implikasi positif kepada
yang memahaminya.
Pertama: Manusia dan Kebenaran.
1. Mengetahui tujuan Penciptaannya.
2. Menjalani kehidupan di dunia di atas Jalan
yang Lurus.
3. Mengetahui permulaan dan pengakhiran
hidupnya.
4. Insya Allah, akan berada jauh daripada
Kegelapan dan Kesesatan.
Firman Allah SWT:
"Maka apakah orang yang berjalan terjungkel
di atas mukanya itu lebih banyak mendapat petunjuk ataukah orang yang berjalan
tegap di atas jalan yang lurus?" (Al Mulk 67:22)
Kedua: Sesama Manusia.
1. Tauhid menyatukan manusia di atas naungan
Tuhan Yang Satu, Kitab yang satu, Rasul yang satu dan Kiblat yang satu.
2. Iman menjadikan manusia berkasih sayang dan
bersaudara.
3. Masyarakat yang beriman akan sentiasa
bertolongan dalam kebaikan dan ketaqwaan.
4. Mereka melaksanakan Amar Makruf dan Nahi
Mungkar untuk dapatkan keredhaan Allah SWT.
Firman Allah SWT:
"Sesungguhnya orang-orang mukmin adalah
bersaudara karena itu damaikanlah antara kedua saudaramu dan bertakwalah kepada
Allah supaya kamu mendapat rahmat." (Al Hujurat 49 : 10)
"Kamu adalah umat yang terbaik yang
dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang makruf, dan mencegah dari yang
mungkar, dan beriman kepada Allah. Sekiranya Ahli Kitab beriman, tentulah itu
lebih baik bagi mereka; di antara mereka ada yang beriman, dan kebanyakan mereka
adalah orang-orang yang fasik." (Ali Imran 3 : 110)
Ketiga: Manusia dan Kekuatan.
1. Pintu kebaikan dibuka seluas-luasnya.
2. Pertolongan Allah SWT akan diturunkan dan
akan memenangkan mereka terhadap sebarang musuh.
3. Orang-orang terdahulu terdiri daripada orang
yang lemah dan fakir, tapi Allah SWT kurniakan kemenangan yang besar berkat
keimanan dan amal soleh mereka.
Firman Allah SWT:
"Jika sekiranya penduduk negeri-negeri
beriman dan bertakwa, pastilah Kami akan melimpahkan kepada mereka berkah dari
langit dan bumi, tetapi mereka mendustakan (ayat-ayat Kami) itu, maka Kami siksa
mereka disebabkan perbuatannya." (Al A’raf 7: 96)
"Hai orang-orang yang beriman, jika kamu
menolong (agama) Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan
kedudukanmu." (Muhammad 47: 7)
Subscribe to:
Posts (Atom)