Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, December 31, 2015

Cuti hujung tahun


Alhamdulillah dapat peluang membawa keluarga berjalan-jalan di Alamanda Putrajaya, dengan memmanfaatkan cuti yang ada. Pilihan Alamanda kerana sekali membuat urusan bersama telco Maxis disana. Alhamdulillah. Family happy dan boleh setelkan satu perkara lain.

Balik singgah solat di masjid Cyberjaya yang baru dibina, satu lagi banguna Green Building dibina sebelum ke LHDN Cyberjaya


Selesai urusan di maxis, sambung jalan-jalan




Masjid Cyberjaya




Saturday, December 26, 2015

Ber BBQ di Janda Baik




Alhamdulillah dalam perancangan yang ringkas satu program bersama family berjaya berjalan, sangat-sangat terima kasih kepada semua ahli keluarga yang menjayakan, Keluarga kami yang terdiri dari mak,Ayah dan 4 beradik kini berkembang menjadi jumlah terkumpul 8 Dewasa, 9  kanak-kanak termasuk 1 Baby. Aktiviti utama adalah makan dan mandi, hahahha. ape pun Alhamdulillah syukur pada Allah dan semoga Allah memberkati apa yang kami lakukan, 
Ahli yang terlibat

Muadz & Pak Cu nya


Zilal tetap tak berganjak dengan ayah
Homemade kek Birthday Zilal


Saturday, December 5, 2015

Railway Engineering

Alhamdulillah selamat mengikuti kursus kejuruteraan keretapi yang mana merupakan pengalaman baru bagi aku. Banyak perkara dan istilah baru yang dijumpai dan dipelajari, berpeluang untuk melawat depoh keretapi di sentul dan melihat dengan dekat kerja-kerja penyelenggaraan keretapi dijalankan. Semoga ilmu yang diperolehi membawa manfaat hendaknya







Wednesday, December 2, 2015

Ahlan Buat Muhammad Zubair

Alhamdulillah, syukur kami panjatkan huat Allah yang telah mengurniakan kami seorang lagi anak lelaki untuk dicorakkan dan menjadi harapan ummah. Zubair selamat dilahirlan di hospital sungai buloh  lebih kurang jam 9 lebih. Walaupun banyak persediaan telah dibuat namun perancangan Allah lah yang lebih baik dan tetap. Kami sampai awal ke hospital namun detik kelahiran Zubair tidak dapat saya saksikan kerana waktu hendak bersalin sangat cepat sehinggakan nurse tak s moat nak jemput saya yang menunggu di luar. Ape pun sangat happy bila masuk dan lihat wajah sikecil yang bakal memetiahkan keluarga kami dan juga insan lain. Nama diberi Muhammad Zubair, semoga semangat dan jiwa tokoh islah Zubair Al-Awwam dapat diwarisi oleh anak kami Zubair dan membawa kebaikan terhadap islam dan at sejagat. InsyaAllah


Ziarah Usrah Mujahid

Alhamdulillah malam td usrah kami berjaya membuat ziarah usrah rumah akh mujahid umar mukhtar. Baby nama haniah humaira' (tak tau betul ke tak eja). Hebat2 rumah di kayangan height, sampai sesat2 kami dibuatnya, jumpa jalan masuk yg tak dibenarkan masuk waktu malam, pusing ikut kh melayu subang, jumpa salah rumah lagi sbb nombir yang sama, ape pun Alhamdulillah akhirnya kami sampai dan gembira dengan pertemuan kami






Thursday, September 17, 2015

Walimah Farah 1

Alhamdulillah bersyukur kehadrat Ilahi, pernikahan dan majlis walimah adik perempuanku Farah dan faiq selamat berjalan dengan lancar. Ucapan terima kasih dan Jazzakallahukhairan Kathira diucapkan kepada semua yang turut membantu menjayakan majlis terdiri dari ahli keluarga, keluarga rapat (cik milah sekeluarga), saudara mara, jiran dan juga tetamu yang hadir. 

Lafaz akad selamat dijalankan pada hari jumaat bersamaan 11 sept 2015 di surau taman desa kaloi hulu yam dengan sekali lafaz oleh pengantin lelaki (Faiq) bersaksikan saudara dan juga kariah surau. 




Majlis walimah yang dijalankan pada hari sabtu 12 sept 2015 berjalan seperti yang dijadualkan, cuaca sangat mengizinkan majlis berjalan dengan lancar. Tetamu yang hadir dari kalangan sahabat dan saudara mara dari Perak, Kedah, Kelantan, pahang, kg setia Jaya. dan banyak lagi. semoga kehadiran tetamu ini membawa barakah kepada pasangan ini.

Pasangan Pengantin

Pengantin bersama keluarga pengantin lelaki

Pengantin bersama keluarga pengantin perempuan

Saturday, August 15, 2015

Ke Taman

Alhamdulillah dapat meluangkan masa bawa Anak-anak riadah di Taman. Selama 5 tahun kelas part time, dah habis ni ade masa terluang sikit untuk keluarga. Semoga diredhai Alllah 




Jamuan Raya BKA

13 ogos 2015, masih dalam mood beraya, alhamdulillah semua berjalan langat

 









BFG


Alhamdulillah selesai hari ni urusan mengambil Abang zul di airport, memang agak terkejut bila MARA memanggil semua student sama ada tamat atau tidak asalkan cukup tahun yang dibenarkan. Semoga semua urusan dipermudahkan. Flights jumaat, isnin dia dah kene mula kerja, agak mencabar jugak. 

 


Monday, August 10, 2015

Jamuan Raya CKAS

Bersama Bos En Rohaizi dan En Badrul



Bersama En Izwan


Alhamdulillah dapat bersama- sama meraikan sambutan raya di CKAS, muka masing2 menunggu masa untuk makan, pegawai atasan sedang memberi taklimat dan sesi bertemu staf untuk bual bicara. Kami? Tiada apa yang hendak di bicarakan, tunggu makan je.

Wednesday, August 5, 2015

Bayaran terakhir



Harap semua berjalan lancar, pembayaran bil terakhir pengajian ku. Tak tahu la lepas ni jejak kaki kesini ke tidak.

 

Walimah Arif

Alhamdulillah, diberi kesempatan menghadiri acara akad nikah dan walimah arif&mawwadah. Demographic Allah memberkati kalian









Friday, May 1, 2015

Walimah Amri

Alhamdulillah, diberi kesempatan untuk menghadiri akad nikah Akh Shahrul Amri dengan pasangan, Dengan ini tinggal Usamah sahaja dari HRM yang belum diberi rezki untuk bertemu jodoh. Semoga semua dalam lindungan Allah
Akad nikah Amri berwalikan abang iparnya

Kami balik dulu sebab ade hal, Amri, Usamah, Faizal, sorang lagi x ingat


Wajah abang ipar amri, akh faizal yang juga merupakan ahli HRM 

Sunday, April 12, 2015

Hujung Minggu yang penuh

Alhamdulillah, minggu ni berjaya membuat beberapa perkara iaitu bermula dengan Rombongan Muadz ke kilang roti dan bukit cerakah bertembung dengan Mukhaiyam Akhwat, U-Camp . Akhirnya kami membuat cadangan mengambil Muadz di bukit cerakah sebelum ke Kem Alang Sedayu untuk join Mukhaiyyam akhwat. Sempat juga menghadiri dinner family mertua pada satu malam dan ziaran parent di Hulu Yam pada petang ahad sebaik selesai mukhaiyyam akhwat. Satu minggu yang agak memenatkan namun segala yang dirancang berjalan dengan lancar, Alhamdulillah

Muadz beratutr untuk naik bas

Makan tengah hari di tasik seksyen 7 selapas ambil Muadz di bukit cerakah

Penat menunggu M&Z makan sambil duduk atas batu

Mula main tanah pulak Zilal

U-Camp Akhwat yang pertama

Gambar sebelum meninggalkan kem(Petir tu add affect guna 360 je, x real pun)