Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Saturday, March 28, 2015

Janda Baik

Perjalanan ke sungai

Muadz n Zilal mula main sungai, 
Alhamdulillah sempat juga bawa family bermalam dan main sungai di kampung di janda baik. Kelapangan yang diberikan digunakan untuk bersama family. Muadz n zilal semangat nak main sungai namun kejadian yang tidak diingini telah berlaku dimana zilal terjatuh ke dalam air sehinggakan dia fobia bila ajak main sungai pada hari berikutnya. memang menggelabah tengok dia jatuh dalam sungai. Semoga ade kebaikan di sebalik apa yang terjadi

Monday, March 16, 2015

Wanita & Syariah

Alhamdulillah, pada sabtu 14 mac 2015 kami sekeluarga diberi rezki oleh Allah untuk menghadiri seminar wanita & syariah anjuran Wanita IKRAm dan juga PERSIS. Kami sekeluarga ditaja oleh IKRAM untuk menghadiri seminar itu dan Alhamdulillah banyak input yang manfaat dapat diterima hasil penerangan oleh Ustaz Roslan Mohamad, Pencetus Ummah Azman dan juga Ustazah Salahwahyu. Semoga semua ilmu yang diperolehi dapat dimanfaatkan oleh kami sekeluarga.

Minum pagi dengan panel penceramah, disebelah kiri PU Azman dan Disebelahnya Ustaz Roslan Muhammad

Sempat bergambar dipenhujung seminar



"Kemuliaan sebagai wanita di hiasi dengan kuntum ilmu dan iman demi masa depan ummat"

Thursday, March 12, 2015

Usrah Kami 12 mac 2015

Alhamdulillah, usrah kami yang dijadualkan di masjid negeri bertukar kepada usrah santai di retoran arab Ar-Rawsha atas permintaan ahli usrah. Adalah penting bagi mereka faham bahawa usrah bukan sesuatu yang rigid dan serius sebaliknya ia dipenuhi dengan aktiviti fitrah namun segala perbuaatan adalah menepeti syarak dan tidak sia-sia. ukkhuwah yang terjalin atah rahmat Allah sangat lah indah dan semoga ia sentiasa berkekalan. InsyaAllah


Lokasi pertemuan

Wajah2 ceria berukhuwwah (kurang 7 org dari total ahli)
Kami yang terakhir keluar sebelum kedai tutup.


Monday, March 9, 2015

MAD Shah Alam 2015

Alhamdulillah, telah selamat majlis Mesyuarat Agung Daerah Shah Alam pada 8 mac 2015. Tahniah buat yang terpilih daam pemilihan ini, semoga Allah meredhai usaha kita semua

Ahli IKRAM shah Alam yang hadir
Ucapan Mantan YDP IKRAM Shah Alam yang kini sebagai TYDP IKRAM Selangor

Ucapan YDP IKRAM Shah Alam dalam pemilihan MAD 2015


Barisan Nasyid yang menghiburkan kami

Walimah Dan Walimah

Alhamdulillah, pada 7 mac diberi rezki oleh Allah untuk menghadiri 2 pasangan yang melangsungkan perkahwinan. Dah lama tak dapat ke walimah sahabat kerana kekangan masa belajar, kini masa agak lapang sikit kerana bilangan matapelajaran yang diambil sedikit, semoga dapat manfaatkan masa terluang ini dengan perkara bermanfaat seperti D&T, keluarga dan sahabat sekalian. InsyaAllah
Walimah Kawan Wife

Walimah Usrahmate ' Ammar

Wednesday, March 4, 2015

Sahabat lama



Ini orang legend oo. Sudah lama tak jumpa, di takdirkan oleh Allah kami bertemu dan sempat lunch bersama. Dia sudah jadi designer oil & gas, walaupun belajar bidang sivil. Bukti kita hanya merancang, namun Allah jua sebaik2 perancang


Sollehin Kasdan- Aku budak jengka


Dari NZ ke KL


28 Febuari 2015, keluarga zulkifli sapeciay sampai dari NZ, boleh tahan juga barang yang dibawaknya, tu pun masih ade yang bakal tiba, Alhamdulillah semua perjalanan selamat.

Penuhhhh



Malamnya Muadz dapat join majlis hrjadi.

UMRAH KLIA



Alhamdulillah, dalam menghantar ayah dan mak mertua ke KLIA dapat juga bawa anak-anak bermian di sekitar airport. Jenuh mengejar mereka kesana kemari dalam ruang yang sangat besar tetapi puas sebab diorang semua gembira.

Muadz & Zilal bersama sepupunya melihat kapal terbang di menara tinjau



Kat sini jugak nak tengok TV



Taklimat Umrah oleh Tabung Haji, Harap kami sekeluarga berpeluang ke sana juga.