Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, September 17, 2015

Walimah Farah 1

Alhamdulillah bersyukur kehadrat Ilahi, pernikahan dan majlis walimah adik perempuanku Farah dan faiq selamat berjalan dengan lancar. Ucapan terima kasih dan Jazzakallahukhairan Kathira diucapkan kepada semua yang turut membantu menjayakan majlis terdiri dari ahli keluarga, keluarga rapat (cik milah sekeluarga), saudara mara, jiran dan juga tetamu yang hadir. 

Lafaz akad selamat dijalankan pada hari jumaat bersamaan 11 sept 2015 di surau taman desa kaloi hulu yam dengan sekali lafaz oleh pengantin lelaki (Faiq) bersaksikan saudara dan juga kariah surau. 




Majlis walimah yang dijalankan pada hari sabtu 12 sept 2015 berjalan seperti yang dijadualkan, cuaca sangat mengizinkan majlis berjalan dengan lancar. Tetamu yang hadir dari kalangan sahabat dan saudara mara dari Perak, Kedah, Kelantan, pahang, kg setia Jaya. dan banyak lagi. semoga kehadiran tetamu ini membawa barakah kepada pasangan ini.

Pasangan Pengantin

Pengantin bersama keluarga pengantin lelaki

Pengantin bersama keluarga pengantin perempuan