Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Showing posts with label Kerja. Show all posts
Showing posts with label Kerja. Show all posts

Thursday, October 25, 2018

T&C projek ke kelantan

Alhamdulillah selamat pergi dan balik ke negeri cik siti wan kembang untuk tnc projek sekolah daif. Walaupun hadir kerana menggantikan Aswad yang tidak dapat hadir namun bersyukur dapat diberikan peluang membantu office mate dan dapat mengenali 2 staff dengan lebih rapat. zul elektrik dan Aizat akitek.
Sepanjang perjalanan hanya Aizat sorang yang drive, dari segi kecekapan dan kelajuan memang layak dia yang bawak sbb memang laju namun terkawal. kalau aku la yang bawak, mau tgh malam br sampai kelantan. Trip kali ni lokasi dan menu makan diuruskan oleh zul elektrik, memang sedap2, dari start bergerak bteakfast sampai balik ke Putrajaya. aktoviti makan, roti canai bangi - nasi kukus gua musang - Maggie telur sotong pcb - nasi berlauk banggol saman - lemang to'ki bentong.
semoga pengalaman kali ini dapat dimanfaatkan. share sikit gambar sepanjang disana






















Monday, August 10, 2015

Jamuan Raya CKAS

Bersama Bos En Rohaizi dan En Badrul



Bersama En Izwan


Alhamdulillah dapat bersama- sama meraikan sambutan raya di CKAS, muka masing2 menunggu masa untuk makan, pegawai atasan sedang memberi taklimat dan sesi bertemu staf untuk bual bicara. Kami? Tiada apa yang hendak di bicarakan, tunggu makan je.

Wednesday, July 14, 2010

Semangat bekerja

Telah lama semangat bekerja ini hilang, kekadang datang pejabat pun hanya sekadar membuat tugas yang telah ditetapkan. Bila dikenang kembali 2-3 tahun lepas dah macam banyak sangat perbezaan. Kalau dulu bersemangat nak datang pejabat untuk mengexplore pengalaman. sekarang dah 5 tahun.. semua dah makin pudar. Ya Allah berilah aku semangat seperti dulu. Mungkinkah kerana kini aku dan bosan dengan 'politik' pejabat? janji manis? dan juga arahan-arahan sesuka hati? entahla..
Semalam aku duduk berfikir, bagaimana dengan rakan sekerja yang lain yang dah bekerja lebih 20 tahun, bagaimana kekuatan yang diperolehi mereka. Mungkin aku masih tak dapat menjadikan kerja ini sebagai betul-betul satu ibadah yang ikhlas, maka aku dapat penyakit hati ni. Nauzubillahuminzallik.... Hari ini dengan semangat baru aku mahu lebih berfikir dan mahu lebih maju ke depan. rasa macam nak mintak tukar tempart keje pun ade, heheheh

Wednesday, December 16, 2009

Kerja. Ikhlas kah?

Sukarnya bila nak meletakkan keikhlasan dalam melakukan sebuah perkejaan, tidaklah semudah yang ku sangka..
Hari ni pepagi lagi nak kene 'fire' dengan bos. mana taknya kerja yang dier nak urgent baru hari ni aku minta sign. salah akukah? setelah hampir 3 tahun buat kerja melebihi gaji, hampir 3 minggu tanpa bos kecik. dari hal kecil sampai besar nak kene cover. bagi aku boleh je nak tolong buatkan tapi priority keje aku la, tapi bila kene marah sebab kerja yang tolong orang ni dah jadi cam marah pun ade. Sehingga sekarang masih tertanya2 adakah aku tidak ikhlas dengan pekerjaan ku selama ni, kenapa nak marah n tak puas hati? Ya Allah berilah kekuatan untuk aku menerapkan keikhlasan dalam menunaikan kerja.
Alhamdulillah selepas explain hampir sejam dapat gak sejukkan hati bos besar, heheheh bukan main tai chi master tau, memang explain betul2. mujur la bagai kutub utara dah hati dier, sejukkk je.. huhuh. kalau tak panas punggung kat kerusi ni.
Semalam bos kecik dah masuk, digantikan dengan pegawai br dari cawangan PROKOM, hehehe harap2 kurang sket beban kerja aku ni. (boleh ke?) semua pesan, ajar la bos br tu camne cara2 kerja kat sini. heheh teringan bos lama dulu br masuk, rasanya perkara ni akan berulang jugak, bos akan bersilih ganti tapi aku tetap ditakuk lama, benarkah? ohhh tidak aku mempunyai cita-cita, ape yang aku cita kan? heheh tunggulah sehingga aku berjaya sama-sama kita kongsikan. InsyaAllah