Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Showing posts with label Usrah. Show all posts
Showing posts with label Usrah. Show all posts

Sunday, March 5, 2017

Walimah Haikal

Tahniah buat haikal dan pasangan


khusyuk makan



berjaya kami sekeluarga bergambar dengan pengantin






Usrahmate bergambar kahwin (pengapit join sbb x reti2 ke tepi)

Wednesday, December 2, 2015

Ziarah Usrah Mujahid

Alhamdulillah malam td usrah kami berjaya membuat ziarah usrah rumah akh mujahid umar mukhtar. Baby nama haniah humaira' (tak tau betul ke tak eja). Hebat2 rumah di kayangan height, sampai sesat2 kami dibuatnya, jumpa jalan masuk yg tak dibenarkan masuk waktu malam, pusing ikut kh melayu subang, jumpa salah rumah lagi sbb nombir yang sama, ape pun Alhamdulillah akhirnya kami sampai dan gembira dengan pertemuan kami






Wednesday, August 5, 2015

Walimah Arif

Alhamdulillah, diberi kesempatan menghadiri acara akad nikah dan walimah arif&mawwadah. Demographic Allah memberkati kalian









Friday, May 1, 2015

Walimah Amri

Alhamdulillah, diberi kesempatan untuk menghadiri akad nikah Akh Shahrul Amri dengan pasangan, Dengan ini tinggal Usamah sahaja dari HRM yang belum diberi rezki untuk bertemu jodoh. Semoga semua dalam lindungan Allah
Akad nikah Amri berwalikan abang iparnya

Kami balik dulu sebab ade hal, Amri, Usamah, Faizal, sorang lagi x ingat


Wajah abang ipar amri, akh faizal yang juga merupakan ahli HRM 

Thursday, March 12, 2015

Usrah Kami 12 mac 2015

Alhamdulillah, usrah kami yang dijadualkan di masjid negeri bertukar kepada usrah santai di retoran arab Ar-Rawsha atas permintaan ahli usrah. Adalah penting bagi mereka faham bahawa usrah bukan sesuatu yang rigid dan serius sebaliknya ia dipenuhi dengan aktiviti fitrah namun segala perbuaatan adalah menepeti syarak dan tidak sia-sia. ukkhuwah yang terjalin atah rahmat Allah sangat lah indah dan semoga ia sentiasa berkekalan. InsyaAllah


Lokasi pertemuan

Wajah2 ceria berukhuwwah (kurang 7 org dari total ahli)
Kami yang terakhir keluar sebelum kedai tutup.


Thursday, November 17, 2011

Party Di Brotherhood Arts????

Salam,,,,

Agak-agak tajuk post macam suratkhabar metro tak? heheheh. just untuk memeriahkan lagi blog ni saje ana nak share gamba halagah malam td, heheheh





Tuesday, November 15, 2011

Minda

Salam,

Semalam tertarik dengan kata-kata pakcik Azhar dalam halaqah Sas, Beliau mengatakan semua tindak tanduk dan profil kita dikawal oleh satu suis mekanisma dalam diri kita iaitu minda. Seandainya kita mengubah cara pemikiran kita, secara automatik setiap pergerakan kita akan berubah. Jika kita mampu mengubah cara berfikir dengan menjadikan islam sebagai sandaran, dakwah sebagai perjuangan, Aqidah sebagai tetapan, Rasulullah sebagai model, InsyaAllah kita boleh mewujudkan islam dalam setiap perbuatan kita. sekaligus menjadikan kita insan luar biasa, yang cemerlang dalam urusan dunia dan mantap dalam urusan akhirat. Ya Allah semoga kau beri kekuatan pada kita semua, InsyaAllah..

Tuesday, July 5, 2011

Jaulah ke Kuantan 2011

Lama betul tak update blog ni, agaknya kalau ade dateline dah teruk kene belasah, hahahah. sib baik la buat untuk suka-suka. Alhamdulillah, kali ni group URM kami berjaya buat jaulah ke kuantan, Walaupun nama seperti releks tapi banyak ilmu dan ukhuwah dapat dijalinkan. Syukur pada Allah yang mengaturkan segalanya, Ni nak post sikit2, gambo,,,,

 Cantik sungguh masjid Negeri di Kuantan ni

 Solat dalam keadaan yang sangat tenang

 All for one, One for all

 Nak pujuk saya (Muadz) la ni

 Menikmati makanan di Tanjung Lumpur... Usamah makan banyak

 Akhi Amri antara jemaah yang sedang menunggu masuk watu subuh

Who are we?


Monday, August 9, 2010

1st Muadz dengan Usrah Ayah


 Alhamdulillah, Muadz dah 3 bulan lebih, macam-macam pengalaman yang dilalui, Muadz pun dah makin aktif. dah pandai respond, gelak2  huhuhu seronok main dengan dia. Cuma last week Muadz tak sihat dan dibawa ke klinik, doktor sahkan ade jangkitan kuman pada paru-paru. Doktor advise pergi hospital, namun disebabkan ade masalah sikit, cuma mintak doktor cuba rawat guna ubat dulu. Alhamdulillah malam tu banyak perubahan menunjukkan Muadz makin pulih dan tak perlu ke Hospital. Cuma kesian sebab kecik2 lagi dah kene makan ubat sampai 4 jenis. Mungki ini dugaan yang Allah berikan pada Ayah dan Ummi dier. Semoga Muadz semakin pulih.

Akhi Fareed Fahmy training dukung baby untuk masa depan
Akhi Huzaifah dan akhi Shah sibuk melayan Muadz




akhi Anwar dan akhi Amri yang khusuk









Muadz yang stanby nak mencelah dalam usrah










Buat pertama kalinya Muadz join usrah kami yang dibuat dirumah sendiri, Alhamdulillah Hampir semua hadir kali ni, cuma akhi faizul x dapat hadir disebabkan kekangan tugas, Terkejut jugak sebab jarang2 dapat kumpul seramai ini, hehehe sampai x cukup la cawan nak hidang, maklumlah duduk berdua jer. sib baik banyak cawan hadia kawin x guna lagi. dapat jugak menampung kehadiran tetamu yang dirahmati Allah. InsyaAllah Muadz sertai lagi program seperti ini. Kepada semua sahabat2 usrah, terima kasih kerana memeriahkan Muadz....