Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, December 13, 2010

Hijrah

Setiap tahun kita menyambut Maal Hijrah yang membawa sebuah pengertian besar dalam sejarah umat islam, Pengajaran yang ade dalam peristiwa hijrah bukanlah sekadar satu cerita yang dibawa satahun sekali dan menjadi cuti umum tapi ianya pengajaran sepanjang zaman dan sebagai panduan kita agar mengambil semangat Nabi Muhammad dan para pejuang islam dalam peristiwa Hijrah. Alhamdulillah sabtu lepas dalam perancangan hendak ke rumah ibu dan ayah di hulu yam selangor dapat mendengar satu ceramah maal hijrah yang sangat menarik. Tidak merancang untuk ke majlis tersebut, ketika sampai di rumah ibu dan ayah sekitar waktu maghrib, ibu dan ayah telah kesurau, maka saya dan isteri terus ke surau juga untuk menunaikan solat maghrib dan engambil keputusan untuk join ceramah Maal Hijrah tersebut.

Kebiasaannya cerita Maal Hijrah berkisar tentang pengalaman Nabi Muhammad SAW dari makah ke Madinah, Namun kali ini cerita bagaimana sahabat nabi Suhail(kalau tak silap) ketika peristiwa hijrah. Beliau merupakan ahli perniagaan yang berjaya dan disebabkan kekayaan beliau beliau tidak ditindas teruk oleh orang quraisy. Ketika beliau mendengar Rasullullah hendak berhijrah beliau pun mahu berhijrah bersama Rasulullah. Malangnya hajat mulia beliau dapat diketahui oleh orang Quraisy, mereka sangat takut Suhail akan berhijrah bersama-sama kekayaan beliau ke Madinah. Taatkala malam rumah Rasulullah dikepung oleh orang quraisy, rumah beliau juga turut dikepung oleh orang Quraisy yang hendak menghalang beliau. Selepas Rasulullah berjaya berhijrah, beliau masih lagi dikurung, selama 3 hari beliau menangis didalam rumah kerana sedih tidak dapat berhijrah. Namum beliau dapat melepaskan diri dari kepungan dengan izin Allah.

Beliau cuba mengejar Rasulullah tetapi ditengah jalan beliau dikejar dan dikepung sekali lagi oleh oarang quraisy, setelah beberapa lama, orang quraisy mengatakan mereka hendak harta beliau dan dengan tenang Suhail memberitahu bahawa hartanya dtinggalkan dan dirinya semata-mata untuk Rasul dan Allah. Setelah beliau memberitahu diamana hartanya disimpan, beliau dilepaskan dan beliau mengejar Rasulullah, Sepanjang perjalanan beliau tidak makan dan minum, taatkala hendak terjatuh kerana sangat lapar dan dahaga, terbayang wajah rasulullah dan beliau tak jadi jatuh dan meneruskan perjalanan.

Di Quba' beliau berjaya bertemu Rasulullah. Ketika sampainya disitu, Rasulullah menyambut beliau sambil berkata" Perniagaan paling menguntungkan Suhail". Terkejut suhail kerana sepanjang perjalanan tiada seorang pun yang memintas beliau namun Rasulullah mengetahui apa yang berlaku padanya melalui malaikat Jibril.

Begitu hebat para sahabat generasi Rasulullah dimana keteguhan akidah kepada Allah dan rasul yang tidak berbelah bahagi, berserah diri pada Allah. Meninggalkan segala kekayaan agar dapat bersama Rasulullah. Sedikit pun penyesalan tidak dirintih walaupun harta pencarian selama hidupnya diserahkan kepada orang lain. Sesungguhnya balasan Allah di Syurga Lebih bermakna...

Coretan Tanpa Arah

Alhamdulillah, selamat sampai di rumah jam 1.45 pagi setelah hampir sejam perjalanan dari gombak ke saujana putra. Seronok bila dapat bersama dengan sahabat-sahabat sefikrah, saling bertukar - tukar pandangan dan belajar perkara lama tapi baru tahu. Mulanya dalam kereta ingat sampai rumah nak tido terus, nampak pulak komputer yang masih terbuka, teringat blog yang penuh sawang kerana lama tak update, sebelum final exam lagi dah tak menulis.

Masih teringat-ingat lagi setiap tajuk perbualan bersama sahabat-sahabat tadi. Bertapa pentingnya menjaga hubungan sesama manusia. Di saat-saat hidup di akhir zaman yang penuh dengan cabaran kemungkaran berleluasa, bagaimanakah kita perlu menjalankan tanggungjawab kita. Nak tegur orang kalau buat silap? perghhh beraninya. Dulu ingat kalau nampak atau dengar sesuatu yang salah tegur aje a, nak pikir-pikir ape,. Namun rupa-rupanya dengan semua perkara yang hendak dilakukan hendaklah dilakukan dengan ilmu. dalam berdakwah kene berhemah. Hubungan sesama manusia hendaklah dijaga agar pentarbiahan dapat dijalan secara berterusan disamping mengelakkan fitnah, perbalahan dan riak.

Marilah wahai sahabat sekalian kita sama-sama saling mengingati, agar kita sama-sama bergerak dibawah satu panji-panji nabi Muhammad SAW

Friday, November 26, 2010

Perdana Menteri Negara Islam

Perdana Menteri Negara Islam


Pemimpin atau ketua negara pada umumnya mengundang rakyat untuk datang ke rumah mereka untuk majlis berbuka puasa bersama. Jarang sekali ada pemimpin negara yang mahu menziarahi rakyatnya yang miskin dan berbuka puasa bersama mereka.

Apa yang dilakukan perdana menteri Palestina dari Hamas, Ismail Haniyah ini selayaknya dicontohi oleh para pemimpin negara sebagai bentuk perhatian dan kepedulian mereka pada rakyat, apalagi jika rakyat sedang menghadapi berbagai kesulitan hidup.
Ismail Haniyah sedang berbuka bersama rakyatnya
Jumaat (20/8/2010), Perdana Menteri Palestin Ismail Haniyah bertandang ke rumah sebuah keluarga di Gaza untuk berbuka puasa bersama. Rumah keluarga itu sangat sederhana,rumah yang hanya berukuran kurang dari 20 meter persegi, tanpa jendela dan pintu pengudaraan. Rumah kecil itu dihuni oleh 8 anggota keluarga, ayah ibu dan enam orang anak mereka. Bayangkan, betapa sesak dan sesak rumah itu.
Melihat kondisi itu, Haniyah memerintahkan para pegawainya untuk memberikan bantuan makanan untuk keluarga itu dan memberikan sebuah kipas angin agar rumah yang mereka diami ini lebih nyaman.

Haniyah memasuki rumah kecil
Rasanya, sulit mencari susuk pemimpin seperti Ismail Haniyah di zaman ini. Pemimpin yang bukan cuma  pandai mempesona dan menebarkan janji-janji manis pada rakyat saat pilihanraya, tapi tidak pernah berada di tengah masyarakat untuk sekadar merasakan penderitaan mereka.
Sekira 1.5 juta warga Gaza hingga kini masih hidup dalam kondisi yang daif dan miskin akibat sekatan rejim Zionis Israel yang sudah berlangsung hampir tiga tahun. Mereka sepenuhnya bergantung hidup dari bantuan kemanusiaan antarabangsa,rakyat Gaza juga sangat memerlukan makanan dan sumber air bersih. 
(ln/Ma'anNews/eramuslim)
Sumber: Tumbuh Pada Yang Patah

Friday, November 12, 2010

Bahasa Bayi! Adakah Benar Bayi Berkomunikasi Melalui Tangisan?

Biasanya, setiap kali bila bayi menangis, ibunya akan terus menyusukannya. Sebenarnya, lapar bukanlah satu-satunya sebab bayi menangis. Selain dari lapar, bayi akan menangis bila menghadapi keadaan-keadaan seperti penat, kembung perut, tidak selesa, perlu sendawa dan beberapa sebab lagi.

Seorang ibu mendakwa bahawa beliau boleh berkomunikasi dengan bayinya dan faham apa kehendak-kehendak si comel bila mereka menangis. Pendek kata, beliau boleh faham 'bahasa bayi'.

Dengan meneliti bunyi tangisan bayi, beliau boleh bezakan sama ada bayi tersebut, penat, letih, tidak selesa, perlu sendawa atau sebab-sebab lain.

Jika seseorang ibu itu faham sebab-sebab bayi menangis, tidak akan timbul masalah bayi tersebut menangis berpanjangan kerana apabila kehendak bayi itu dipenuhi, sudah pasti dia akan berhenti menangis.

Menurut ibu tersebut, tangisan bayi bukanlah satu bunyi yang dihasilkan secara rawak, tetapi ia adalah satu bentuk komunikasi oleh bayi bagi menyampaikan keinginan mereka.

Tangisan adalah merupakan 'bahasa universal' bagi bayi. Buktinya, teknik yang digunakan oleh si ibu ini telah diuji oleh lebih dari 1000 bayi dari 30+  bangsa seluruh dunia.

9 daripada 10 ibu-ibu memberikan respons yang positif terhadap teknik ini.

70% ibu-ibu melaporkan bahawa mereka lebih yakin dan selesa setelah berjaya mengenalpasti teknik ini.

2 daripada 3 bapa melaporkan bahawa tekanan emosi yang mereka hadapi berkurangan dan hubungan rumahtangga yang lebih harmoni.

Anda tak percaya?

Salah seorang dari ibu tersebut telah membuktikan fakta ini dengan menggunakan rakaman video anaknya sendiri.

Nak tengok? KLIK SINI [ http://rahsiatangisanbayi.com/index.php?ref=zulhisam]

Wednesday, November 3, 2010

Cuai tau Malang??

Assalamualaikum...

Dalam suassana tenang mengharungi pagi ke tempat kerja saya terkejut dari jauh nampak asap begitu tebal dihadapan ketika melalui Jalan Persekutuan,, dalam hati terlintas,, takkan ade orang pergi sembur nyamuk pepagi hari. Sampai diitu kelihatan sebuah kereta proton wira terbakar. Melihat banyak penunggang motorsikal berhenti lebih kurang 20 meter dari tempat kejadian, saya turut berhenti ( Jauh sikit, takut keta meletup macam dalam tv, hehehe). Mengikut kata saksi baru seminit kereta tu berhenti dan terbakar, maka saya saksikan dari tepi jalan kerana ketiadaan pemadam api, pemilik kereta pun dah keluar jauh dari kereta. Alhamdulillah tiada kemalangan jiwa.

Apabila orang bertambah ramai dan polis sampai, saya meneruskan ke tempat kerja. Dalam perjalanan saya terkenangkan kejadian malam tadi, ketika pulang dari damansara. Dalam jam 11.30 malam, di lebuhraya Ellite, ade sebuah kereta berjalan melawan arus. terkejut dan terus saya memperlahankan kenderaan, sambil menjeling ke anak dan isteri disebelah dalam hati saya berdoa agar dilindungi Allah. Kereta tersebut berhenti ditengah2 jalan dan saya berlalu kerana kalau saya berhenti boleh mengancam keselamatan. Ketika it saya timbul perasaan marah pada pemandu tersebut. Namun setelah saya berfikir, benarkah beliau cuai atau dia dalam keadaan kelam kabut dan lebih takut dari saya, mungkin dia oarang sudah berumur dan pengelihatan mengganggu. Astagfirullah.. capat betul diri ini lupa pada Allah, membiarkan nafsu menguasai diri. agak menyesal jugak bila memikirkan tak mampu untuk berhenti dan bertanya apa yang terjadi, mungkin boleh dibantu.
Disini saya tukar situasi sedikit keadaan. Apabila kita berjalan di dunia ciptaan Allah, melihat adik-adik dan kawan - kawan melakukan maksiat atau kesalahan. Secara lazimnya kita akan menempik marah dan menjauhi mereka. Ternyata perlakuan kita lebih salah dari mereka. Sebernarnya adalah tanggungjawab kita untuk menyentuh hati - hati ini untuk tidak terus melakukan kesalahan. Pernah dalam satu ceramah ustaz berkata "Selagi dalam dunia ade orang melakukan maksiat smua umat islam berdosa" hati ini terkejut dan mula bertanya, Ape kene mengenanga dengan saya? ustaz menerangkan bahawa tugas Nabi Muhammad menyampaikan wahyu dan memastikan umatnya mendapat wahyu. Apabila nabi telah wafat, Nabi Bersabda, :Telah aku tinggalkan dua perkara(harta) kepada kamu, iaitu al-quran dan Sunnah. Apabila berpegang padanya takkan sesat selamanya". Setelah Nabi Muhammad wafat, tugas menyampaikan islam dan peringatan pada mereka yang kemudian. Kita kene memastikan haq mereka tertunai. Sekiranya kita melihat mereka dalam keadaan maksiat, kita kene mengubahnya, dan bukannya satu organisasi atau pun pemimpin sahaja, Sebagai mana Firman Allah dalam surah Ad-Dzaariaat ayat 55. Dan tetaplah memberi peringatan, karena sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang-orang yang beriman."
Kadangkala kita tak perlu jauh untuk melakukan kebaikan. disekeliling kita terlalu banyak peluang Allah sediakan untuk kita melakukankebaikan? namun kita seringkali tak perasan keran tidak pernah fikir ia adalah tanggungjawab kita.

InsyaAllah 
Jazzakallahu Khairan...

Friday, October 29, 2010

Iman... Percaya? Yakin?

Assalamualaikum Warahmatullahhiwabarakatuh....

Surah Al-Hujuraat 14.

Orang-orang Arab Badui itu berkata: "Kami telah beriman." Katakanlah: "Kamu belum beriman, tapi katakanlah 'kami telah tunduk', karena iman itu belum masuk ke dalam hatimu; dan jika kamu taat kepada Allah dan Rasul-Nya, Dia tidak akan mengurangi sedikitpun pahala amalanmu; sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."

Berdasarkan ayat tersebut, jelaslah bahawa iman bukan sekdar kita percaya namun iman itu mestilah masuk kedalam hati kita lalu kita terjemahkan dalam segala perbuatan kita sehari-hari. Kata oarang tua-tua kita boleh tengok muka seseorang itu beriman atau tidak? benarkah atau itu perkataan hiasan pada melihat segala perbuatan samada menerapkan nilai-nilai islam atau pun main belasah aje. Namun kini banyak orang mengatakan iman itu sekadar peraya pada rukun iman yang lainnya adalah takwa.

Disini saya tertarik pada satu ceramah yang disiarkan di ikim. Makna sebenar iman ialah percaya dengan sepenuh hati, bah kan bukan sekadar percaya tapi lebih lagi. Contohnya, Si A berjalan- jalan di suatu tempat, ternampak sekumpulan orang berkumpul, Si A bertanya pada seorang sedang berjalan, Ade ape tu? Org itu menjawab " Ade orang yang sangat handal memanah disitu". Si A percaya kata-kata itu namun belum sepenuhnya, dia pun pergi ke tempat orang berkumpul. Benar ade org yang buat demonstrasi. Maka benarlah dia percaya dan yakin. Si A melihat pula pemanah ini memanah sebiji epal diatas kepala pembantunya, tepat dan jitu sekali. Disini si A begitu yakin depenuh hati yang pemanah itu memang handal. Disini la kebanyakan manusia percaya dan yakin. Namun ketika mana si pemanah itu memanggil Si A menggantikan pembantunya dengan meletakkan sebiji epal dia atas kepala si A untuk dipanah. Si A yang yakin dan pasti ini td terus goyah..segala keyakinanya hilang. terus tidak percaya pada kehebatan si pemanah td.

Saudara sekalian, bigitu juga kita, sekiranya kita beriman pada Allah dan Rasulnya, secara automaiknya kita akan melaksanakan segala suruhan-Nya dengan bersungguh-sungguh tanpa melihat pada perkara lain. Disinilah kita dapat perhatikan dimana apabila kita diuji, barulah keimanan kita ternilai. Begitulah tingginya keimanan para Ahli perang Badar yang dijanjikan syurga oleh Allah. Setelah hari ke 8 atau 9 turunnya arahan berpuasa, mereka dapat pula arahan berperang, berasaskan keimanan dan akidah yang teguh dan tetap, seramai 313 ahli badar tetap menjuangkan perintah Allah.

Wallahualam...

Wednesday, October 27, 2010

Hari Ini dan Esok

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi yang masih membenarkan aku bernafas dalam mencarikeredhaan-Nya. Sekarang perjalankan ke tempat bertugas semakin jauh berbanding dahulu namun lain perasaan bila mempunyai rumah sendiri. Dengan rezki dari Allah, aku mampu memberikan tempat tinggal untuk anak dan isteri. Dalam perjalan ke tempat kerja yang agak jauh ini, banyak pengajaran dan keinsafan yang dapat aku pelajari, seperti dalam surah Al-Imran ayat 190 dan 191 :


190."Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal, 191. (yaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): "Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka.

Minggu lepas dalam perjalanan balik dari kuala lumpur ke Saujana Putra, bertemu satu kejadian bas terbakar, ketika sampai api dah diapadamkan oleh pihak bomba, hanya bau hangit memenuhi ruang, memangdakan hampir masuk watu maghrib saya tak sempat nak tunggu lama dan bertanyakan ape terjadi. Ambil sekeping gambar dan terus pulang. Semoga tiada yang cedera dan maut.


Dan dua hari lepas ketika melalui jalan yang sama, tertanya-tanya dimana berlakunya kejadian tersebut, dalam mencari-cari, saya lihat banyak penunggang berhenti di lokasi yang sama. Apabila diperhatikan, terdapat satu kemalangan yang berlaku tak sampai 20 meter dari tempat bas terbakar.


Sepanjang perjalanan pulang hati ini sentiasa terdetik, ujian-ujian dari Allah boleh datang bila- bila masa dan Allah akan menguji hambanya seperti dinyatakan dalam surah : Az-zumar
"49. Maka apabila manusia ditimpa bahaya ia menyeru Kami, kemudian apabila Kami berikan kepadanya nikmat dari Kami ia berkata: "Sesungguhnya aku diberi nikmat itu hanyalah karena kepintaranku." Sebenarnya itu adalah ujian, tetapi kebanyakan mereka itu tidak mengetahui".b>

Dalam hati berdetik bersediakan diri ini yang dalam keadaan lemah menerima ujian dari Allah. Adakah ujian dari kesusahan ataupun kesenangan? bangaimana jika ujian yang diterima itu dengan ditimpa bencana dan dipanggil mengadap Allah? bersediakan saya? aapakah yang telah saya tinggalkan untuk islam dan umat Muhammad? Ya Allah sengat kerdil hambaMu ini.

Hari ini mungkin saya berdiri sihat namun esok tiada yang dapat menjamin, Namun dalam Islam telah mengajar kita supaya Jadikan hari ini lebih baik dari semalam dan esok lebih baik dari hari ini. Rasanya banyak lagi risalah-risalah Allah yang belum kusampaikan, banyak lagi harapan Nabi Muhammad belum ditunaikan. Masih belum lagi adanya khalifah terbentuk untuk umat islam. Aku tidak boleh mengunggu, aku harus melaksanakan tanggungjawabku sementara masih mampu, kerana esok tiada siapa yang tahu.............