Inilah rutin yang hampir 3 tahun dilalui, sebelum berjuang semua bg sokongan yang kita kene berani korbankan masa, duit, dan segalanya kerana untuk mencapai cita-cita. Semoga aku mampu untuk.terus mujahadah dalam pilihan yang telah dibuat dan tetap teguh walaupun pada pandangan insan lain aku.telah banyak kerugian dan ketinggalan dalam banyak aspek. Semoga ade yang berasamaku dijalan ini.
Dengan pengalaman baru kita kenal erti sebuah kehidupan. Kehidupan yang tak pernah dijangka apa dugaan. Semoga tabah dan sabar menjadi teman. Harap esok lebih baik dari hari ini
Saturday, March 16, 2013
Thursday, March 14, 2013
Anak - anak peneman di pejabat
Huhuhu sekian lama bekerja baru sekarang terdetik nak letak gambar anak-anak di pejabat sebagai peneman. Menjadi satu semangat bahawa setiap kerja yang dijalankan perlulah dengan sebaik - baiknya agar mereka menjadi soleh wa musleh. Alhamdulillah Muhammad Muadz hampir 3 tahun dan Nur Zilal baru mencecah 2 bulan lebih
Sunday, February 17, 2013
Sekian lama bercuti
Setelah lama bercuti, malas rasanya nak masuk kuliah.. Terasa ingin berehat, namun setelah berfikir balik ape yg telah dibuat sepanjang cuti ini, xde banyak pun yang bermanfaat, maybe inilah perancangan yg sebaik2 nya.
Tuesday, January 29, 2013
Latihan Software
Bersama rakan - rakan berlajar software MITS, rasanya dah 3 kali tapi still x dpt kuasai sepenuhnya, maybe sbb xde buat projek sebenar lagi. Ia mrupakan satu proses bkn sekadar input... Begitu juga dengan dakwah..... percaya atau tidak? Cuba lah dulu
Tuesday, July 17, 2012
TARBIAH DARI ANAK
selain kita rasa sebagai hadiah yang super-best dari Allah, anak juga merupakan perhiasan, ujian dan tanggungjawab.
"Sesungguhnya harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah menjadi ujian, dan di sisi Allah jualah pahala yang besar."(64:15)
"Dan ketahuilah bahawa harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah menjadi ujian dan sesungguhnya di sisi Allah jualah pahala yang besar."(8:28)
dan banyak lagi Allah bagitau kita dalam bahan rujukan utama ni.

mengapa ujian?
banyak sebabnya kan?yang sudah punyai anak haruslah tahu kan?
kita wajib mendidik anak kita.kita wajib besarkan mereka dengan fitrah islamiyah.dengan shibgah Allah.bukan dengan hati dan kehendak kita.lebih-lebih lagi bukan dengan jahiliyyah kita!
di sini lah kita diuji.dan malangnya di sini juga lah kita banyak gagal!
tapikan, disebalik ujian tu, datangnya tarbiyah dari Allah secara tidak langsung dan dari anak kita sendiri secara langsung.
bila kita gagal dalam ujian, kita muhasabah, kita perbaharui niat, kita mulakan langkah baru.kan ni satu proses tarbiyah?
geng semua, sedar tak sedar, anak kita sebenarnya meniru atau mengcopy kita.diorang mana ada rujukan lain yang paling utama selain mak bapak diorang.
apa yang diorang belajar hanyalah dari orang yang menjaga diorang.
ini pengalaman saya sendiri.
jadi nak tak nak, kita kena banyak ubah diri kita, untuk mentarbiyah anak kita.dengan kata lain, kita perlu memastikan diri kita bertarbiyah untuk mentarbiyah anak kita.

bila anak meminta, kita kene mengajarkan dengan hikmah.
bila anak menangis, kita pujuk dengan kasih sayang.
bila anak buang air, mengajar kita erti sabar.
bila anak meragam, di sinilah turn kita untuk mengajar anak erti kesabaran!
so jangan la ada yang cakap, "anak aku nakal betul!anak kau dengar cakap, lain la!" "entah kenapa lah anak aku ni keras sangat kepalanya.ajar dah banyak kali dah!" dan lain-lain lagi.
hakikatnya -samaada anda mahu atau tak mahu mengaku- itu semua adalah hasil tangan anda sendiri.
kerasnya kepala anak kita itu datangnya dari kekerasan kepala kita sendiri.
ragamnya anak kita itu hasil dari tangan kita sendiri.
tidak ada maknanya Allah lahirkan anak kita, tup tup pandai mendengar kata, tup tup nakal gile, tup tup jadi sombong bongkak abeh, tup tup pandai mengira dan menjadi taukeh kedai runcit.
jadi jangan lah tuding takdir atau suasana.tudingkan ke pundak kepala anda sendiri sambil menunjal-nunjal sedikit OK?
banyak yang kita boleh belajar dari anugerah Allah ni.
cuma kita saja yang mahu atau tak.
kita saja yang ego atau tak.
didiklah anak dengan didikan addiin yang sempurna ni.setiap inci dan setiap penjuru.
datangilah anak dengan kasih sayang, kerana mereka adalah ujian, gagal atau berjaya tidak dinilai Allah.hanya usaha yang ikhlas untuk Allah.ni ujian dari Allah yang super-duper-unik dan extra-vaganza-best!!
buanglah ego anda, kerana secebis ego tidak akan bersama anda disyurga nanti.
buanglah adat anak-perlu-dengar-cakap-bapa, kerana itu adat yang ntahapaapantah!adat Islam kan lagi sempurna, best dan cantik.macam nabi tunjuk tu.hormat-hormat, sayang-sayang anak..kan?
buanglah anak-sepatutnya-begini-dan-begitu-kepada-ibubapa, kerana kita juga yang menyebabkan diorang jadi begitu ye dak?melainkan usaha kita dah macam usaha nabi Nuh!eh, janganlah sesuka hati semudah petik jari nak claim diri anda sehebat nabi Nuh mahupun nabi-nabi lain ye.
anak, nasihatlah papa kalau papa silap ye.
anak, jom kita sama-sama ke syurga Allah ye.
anak, papa tarbiyah anda, tapi anda juga adalah aset dalam proses pentarbiyahan papa.
anak, awaklah cermin papa!
WA
Sunday, March 18, 2012
Dari M'sia Ke NZ
![]() |
| Atuk Bersama Cucu-cucunya, Aikkk Muadz, Mesra Nampak |
![]() |
| Hai.. dah nak terbang pun x cukup duit lagi? kang kene turun tengah jalan kang |
![]() |
| Zulkfli dan Norhafiza bersama keluarganya |
![]() |
| Kat rumah takde troli macam ni la Pak Long, sori kami jadi macam ni |
![]() |
| Kenangan Keluarga Zulkfli, Zurina dan mak abah. (Farah d Johor, Zulhisam Amik gambar :() |
![]() |
| Kenangan Ibu-ibu dan anak-anaknya |
![]() |
| Selamat Jalan Zulkfli Sapeciay, Semoga Alllah merahmatimu walau dimana berada |
Monday, December 5, 2011
Kursus Team Building
![]() |
| Pemandangan dari balcony, masa mula2 sampai |
![]() |
| Teringat, Kalau air laut diambil untuk ditulis kalimah2 tuhanmu maka akan habislah air laut itu, jika ditambah dengan tujuh laut sekalipun pasti tidak akan habis kalimah2 itu ditulis |
![]() |
| Kata penceramah, apa kata kita? "ilmu, iman , Amal" |
![]() |
| Pemandangan waktu senja, org lain sibuk main banana boat, aku sibuk duduk tgk gelagat manusia sambil layan al-mathurat, layan beb |
![]() |
| Menikmati keindahan ciptaan Allah... |
![]() |
| gambar ori sikit |
![]() |
| Berapa banyak kerugian? |
![]() |
| x jd lak gambar ni |
![]() |
| takde org la, semua g keje |
![]() |
| antara pemimpin dan pengurus |
![]() |
| tugasan membina jambatan.... kami kalah, hilang kelayakan, sebab keta xleh lalu |

















