Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, December 31, 2015

Cuti hujung tahun


Alhamdulillah dapat peluang membawa keluarga berjalan-jalan di Alamanda Putrajaya, dengan memmanfaatkan cuti yang ada. Pilihan Alamanda kerana sekali membuat urusan bersama telco Maxis disana. Alhamdulillah. Family happy dan boleh setelkan satu perkara lain.

Balik singgah solat di masjid Cyberjaya yang baru dibina, satu lagi banguna Green Building dibina sebelum ke LHDN Cyberjaya


Selesai urusan di maxis, sambung jalan-jalan




Masjid Cyberjaya




Saturday, December 26, 2015

Ber BBQ di Janda Baik




Alhamdulillah dalam perancangan yang ringkas satu program bersama family berjaya berjalan, sangat-sangat terima kasih kepada semua ahli keluarga yang menjayakan, Keluarga kami yang terdiri dari mak,Ayah dan 4 beradik kini berkembang menjadi jumlah terkumpul 8 Dewasa, 9  kanak-kanak termasuk 1 Baby. Aktiviti utama adalah makan dan mandi, hahahha. ape pun Alhamdulillah syukur pada Allah dan semoga Allah memberkati apa yang kami lakukan, 
Ahli yang terlibat

Muadz & Pak Cu nya


Zilal tetap tak berganjak dengan ayah
Homemade kek Birthday Zilal


Saturday, December 5, 2015

Railway Engineering

Alhamdulillah selamat mengikuti kursus kejuruteraan keretapi yang mana merupakan pengalaman baru bagi aku. Banyak perkara dan istilah baru yang dijumpai dan dipelajari, berpeluang untuk melawat depoh keretapi di sentul dan melihat dengan dekat kerja-kerja penyelenggaraan keretapi dijalankan. Semoga ilmu yang diperolehi membawa manfaat hendaknya







Wednesday, December 2, 2015

Ahlan Buat Muhammad Zubair

Alhamdulillah, syukur kami panjatkan huat Allah yang telah mengurniakan kami seorang lagi anak lelaki untuk dicorakkan dan menjadi harapan ummah. Zubair selamat dilahirlan di hospital sungai buloh  lebih kurang jam 9 lebih. Walaupun banyak persediaan telah dibuat namun perancangan Allah lah yang lebih baik dan tetap. Kami sampai awal ke hospital namun detik kelahiran Zubair tidak dapat saya saksikan kerana waktu hendak bersalin sangat cepat sehinggakan nurse tak s moat nak jemput saya yang menunggu di luar. Ape pun sangat happy bila masuk dan lihat wajah sikecil yang bakal memetiahkan keluarga kami dan juga insan lain. Nama diberi Muhammad Zubair, semoga semangat dan jiwa tokoh islah Zubair Al-Awwam dapat diwarisi oleh anak kami Zubair dan membawa kebaikan terhadap islam dan at sejagat. InsyaAllah


Ziarah Usrah Mujahid

Alhamdulillah malam td usrah kami berjaya membuat ziarah usrah rumah akh mujahid umar mukhtar. Baby nama haniah humaira' (tak tau betul ke tak eja). Hebat2 rumah di kayangan height, sampai sesat2 kami dibuatnya, jumpa jalan masuk yg tak dibenarkan masuk waktu malam, pusing ikut kh melayu subang, jumpa salah rumah lagi sbb nombir yang sama, ape pun Alhamdulillah akhirnya kami sampai dan gembira dengan pertemuan kami






Thursday, September 17, 2015

Walimah Farah 1

Alhamdulillah bersyukur kehadrat Ilahi, pernikahan dan majlis walimah adik perempuanku Farah dan faiq selamat berjalan dengan lancar. Ucapan terima kasih dan Jazzakallahukhairan Kathira diucapkan kepada semua yang turut membantu menjayakan majlis terdiri dari ahli keluarga, keluarga rapat (cik milah sekeluarga), saudara mara, jiran dan juga tetamu yang hadir. 

Lafaz akad selamat dijalankan pada hari jumaat bersamaan 11 sept 2015 di surau taman desa kaloi hulu yam dengan sekali lafaz oleh pengantin lelaki (Faiq) bersaksikan saudara dan juga kariah surau. 




Majlis walimah yang dijalankan pada hari sabtu 12 sept 2015 berjalan seperti yang dijadualkan, cuaca sangat mengizinkan majlis berjalan dengan lancar. Tetamu yang hadir dari kalangan sahabat dan saudara mara dari Perak, Kedah, Kelantan, pahang, kg setia Jaya. dan banyak lagi. semoga kehadiran tetamu ini membawa barakah kepada pasangan ini.

Pasangan Pengantin

Pengantin bersama keluarga pengantin lelaki

Pengantin bersama keluarga pengantin perempuan

Saturday, August 15, 2015

Ke Taman

Alhamdulillah dapat meluangkan masa bawa Anak-anak riadah di Taman. Selama 5 tahun kelas part time, dah habis ni ade masa terluang sikit untuk keluarga. Semoga diredhai Alllah