Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, July 14, 2010

Semangat bekerja

Telah lama semangat bekerja ini hilang, kekadang datang pejabat pun hanya sekadar membuat tugas yang telah ditetapkan. Bila dikenang kembali 2-3 tahun lepas dah macam banyak sangat perbezaan. Kalau dulu bersemangat nak datang pejabat untuk mengexplore pengalaman. sekarang dah 5 tahun.. semua dah makin pudar. Ya Allah berilah aku semangat seperti dulu. Mungkinkah kerana kini aku dan bosan dengan 'politik' pejabat? janji manis? dan juga arahan-arahan sesuka hati? entahla..
Semalam aku duduk berfikir, bagaimana dengan rakan sekerja yang lain yang dah bekerja lebih 20 tahun, bagaimana kekuatan yang diperolehi mereka. Mungkin aku masih tak dapat menjadikan kerja ini sebagai betul-betul satu ibadah yang ikhlas, maka aku dapat penyakit hati ni. Nauzubillahuminzallik.... Hari ini dengan semangat baru aku mahu lebih berfikir dan mahu lebih maju ke depan. rasa macam nak mintak tukar tempart keje pun ade, heheheh