Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, July 11, 2011

Bersih 2.0,,,, Dimana arahnya

Tarikh 9 julai 2011 pasti akan menjadi buah mulut semua rakyat malaysia, paling kurang pun seminggu. Aku sendiri pun tak dapat melihat secara live kerana ade hal keluarga untuk diuruskan. Hari ini semua pihak mengakui mereka telah berjaya dalam usaha menyampaikan matlamat masing-masing. 
Namun apa yang menjadi satu tanda tanya pada diriku adakah semua orang baik yang menyokong atau membantah benar-benar faham akan matlamat perhimpunan bersih itu dijalankan?. Kekadang sedih apabila ada yang join perhimpunan sebab kata nak buat demo dari pihak pembangkang sedangkan intipati memorandum itu sendiri langsung tak ambil berat. Tak kurang juga mereka yang mengutuk perhimpunan itu serta menggelar ia perhimpunan HARAM hanya kerana mereka dapat maklumat ianya pasukan menentang kerajaan dan akan menimbulkan kekacauan. sedangkan mereka juga langsung tidak mengetahui apa itipatim tujuan perhimpunan itu dijalankan. Namun tiada siapa yang patut disalahkan, mereka masing-masing memperjuangkan apa pendirian mereka berdasarkan maklumat yang mereka tahu. Tapi tolong lah wahai manuisa, usaha sendiri untuk mencari segala maklumat sebelum membuat sebarang komen atau tomahan terhadap mana-mana pihak. 
Mula-mula aku sangka mereka yang duduk di pedalaman dan kampung sahaja yang tidak mengetahjui apa yang sedang terjadi pada malaysia hari ini, namun aku terkejut apabila rakan sepejabat sendiri menyatakan bahawa sabtu ade kumpulan nak buat kacau di Malaysia, Eh ko duduk di tengah-tengah bandar, internet 24 jam ade, takkan langsung tak tau ape-ape cerita, pastu kondem diorang macam ko berada dipihak yang benar. Aku sendiri pun tak berani nak kata sapa benar sebab masing-masing ade pendirian masing-masing mengikut apa yang mereka perjuang kan. Adakan nak marah rakyat malaysia yang ikin menyuarakan pendirian masing-masing kerana mereka rasa ini sahaja jalan yang mereka ade untuk disampaikan ke seluruh rakyat malaysia tanpa tapisan atau pun nak salahkan abang-abang polis yang mereka hanya menjalankan tugas seperti maana yang diarahkan dengan niat mengelakkan pergaduahan serta kerja itu Ibadah. Wallahualam. Saudara ku, sekiranya kita menjatuhkan tomahan dan hukuman pada mereka yang terlibat marilah kita muhasabah diri dan bersihkan hati masing-masing pada peringkat Jasadiah, Akliah dan Ruhliah. InsyaAllah apabila kita menjaga Allah, Allah akan menjaga kita. Walau apa pun yang hendak kita lakukan mestilah dengan pengetahuan yang cukup sebelum kita bersuara, begitalah yang diajarkan dalam islam, sekiranya kita hendak beramal, mesti dengan berilmu, jika tidak sia-sialah usaha kitta. Dengan keupayaan kecil yang Allah pinjamkan pada kita marilah kita sama-sama saling menegur sesama kita mengikut kemampuan, ingatlah bahawa persaudaraan dalam islam(ukhuwah) itu lebih penting dari membenarkan perkara furuk dan khilaf. Marilah kita bina hubungan dengan Manusia dan hubungan dengan Allah. Wallahualam..

Mereka menjalankan tugas demi arahan dan amanah serta mencari rezeki yang halal untuk menyara keluarga. Adakan mereka ini yang hendak kita salahkan? sesungguhnya kita bersaudara.

Adakah mereka yang cuba menyampaikan mesej ini perlu disalahkan. Lihatlah bagaimana pemuda ini sanggup membatukan diri tanpa sebarang ancaman pada sesiapa. Alangkah baiknya jika semangat pemuda ini disemai dalam setiap jiwa-jiwa islam dalam menegakkan syiar Islam. Semoga islam terus berada dalam jiwa-jiwa kami.

Tuesday, July 5, 2011

Jaulah ke Kuantan 2011

Lama betul tak update blog ni, agaknya kalau ade dateline dah teruk kene belasah, hahahah. sib baik la buat untuk suka-suka. Alhamdulillah, kali ni group URM kami berjaya buat jaulah ke kuantan, Walaupun nama seperti releks tapi banyak ilmu dan ukhuwah dapat dijalinkan. Syukur pada Allah yang mengaturkan segalanya, Ni nak post sikit2, gambo,,,,

 Cantik sungguh masjid Negeri di Kuantan ni

 Solat dalam keadaan yang sangat tenang

 All for one, One for all

 Nak pujuk saya (Muadz) la ni

 Menikmati makanan di Tanjung Lumpur... Usamah makan banyak

 Akhi Amri antara jemaah yang sedang menunggu masuk watu subuh

Who are we?