Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, October 17, 2013

Bercuti bersama keluarga

Alhamdulillah, dalam kesibukan harian diberi peluang oleh Allah untuk membawa keluarga meluangkan masa bersama serta menikmati alam ciptaanNya. Walaupun hanya sehari namun kami cuba manfaatkan agar ia menjadi quality time bg kami. Suatu perasaan yang sangat gembira bila menlihat anak2 melompat, tersenyum dan melihat dengan bersungguh2 bila sampai ditempat yang agak asing dari pandangan sehari2 iaitu di rumah, sekiranya biasa dengan rumah tapi kini di tempat yang ada kolam, permainan dan laut.
Tak sabar nak menceritakan apa yang ditanya oleh mereka, memang terbukti bahawa semangat manusia boleh diperbaharui dengan mengubah beberapa element dalam kehidupan seharian, Dan cerita tentangnya pasti akan berlarutan sehingga seminggu.
Begitu juga dalam keadaan dakwah kita, kita makin lemah jika suassana sentiasa sama dan tiada sebarang pembaharuan, maka harus kita mempelbagaikan aktiviti liqo agar semangat baru tercetus dan melahirkan spark yang mampu mempercepatkab gerak kerja. Namun tidak lupa juga sekiranya pembaharuan itu dilakukan tidak terancang dan terlalu kerap maka lama kelamaan spark itu juga akan semakin kecil dan tiada semangat dihasilkan malah perasaan konsistency pula rasa tiada.
Alhamdulillah, puteri kesayangan Zilal sangat berani dan seronok apabila dimasukkan dalam air, sentiasa mahu bergerak kehadapan dengan tanpa ketakutan. Putera pula Muadz agak sangat berhati2 orangnya, masuk ke air sangat suka tapi apabila sampai tempat dalam yang berda di luar kawalnya sentiasa mencari alternative agar boleh mengelak. Begitu lanragam anak2, baru 3thn n 9bln, masih banyak pengalaman yang perlu mereka tempa dan tak kurang bagi kami sebagai ibu bapa, pasti banyak yang perlu dan hendak dipelajari, Wallahu'alam..

Wednesday, October 16, 2013

Fasal 3 Tauhid Zindani -Bahaya dan Kesan Jahil Ilmu Tauhid.

Bahaya dan Kesan Jahil Ilmu Tauhid.

Ada orang yang meremehkan Ilmu Tauhid. Namun, sebenarnya kesan kejahilan Ilmu Tauhid sangat buruk. Kita dapat ringkaskannya kepada 3 kesan yang utama, iaitu:

Pertama: Dia dan Tuhan.

1. Tidak kenal Penciptanya dan hidup seperti orang buta dalam kehidupan di dunia.
2. Tidak tahu tujuan Penciptaannya.
3. Tidak tahu hikmah kewujudannya di muka bumi.
4, Kehidupannya berakhir tanpa diketahui kenapa ia bermula.
5. Keluar daripada dunia (mati), sedangkan tidak tahu kenapa dia masuk (hidup) ke dalamnya.

Firman Allah SWT:

"..Dan orang-orang yang kafir itu bersenang-senang (di dunia) dan mereka makan seperti makannya binatang-binatang. Dan neraka adalah tempat tinggal mereka." (Muhammad 47:12)

Kedua: Dia dan Dunia.

1. Terpedaya dengan kehidupan dunia kerana tidak beriman dengan Hari Akhirat.
2. Menjadikan segala amal kerjanya adalah untuk kesenangan dunia yang sementara.
3. Berlumba-lumba dengan habuan dunia tanpa mengenal halal dan haram.
4. Bersifat Individualistik dan mengejar kepentingan diri sendiri.
5. Rosakkan hubungan dengan masyarakat dan sebabkan peperangan kerana kepentingan peribadinya.

Ketiga: Dia dan Agama.

1. Akidah dan amalannya rosak.
2. Dosa dan maksiat bermaharajalela (berleleluasanya pelanggaran perintah Allah SWT).
3. Allah SWT akan menurunkan azab ke atas orang Islam yang abaikan dan sia-siakan agama mereka.

Firman Allah SWT:

"Telah nampak kerusakan di darat dan di laut disebabkan karena perbuatan tangan manusia, supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagian dari (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar)." (Ar-Rum 30: 41)


Implikasi Ilmu Tauhid dalam kehidupan Manusia.

Setelah kita melihat kesan buruk kejahilan manusia kepada Ilmu Tauhid, kita beralih pula kepada implikasi positif kepada yang memahaminya.

Pertama: Manusia dan Kebenaran.

1. Mengetahui tujuan Penciptaannya.
2. Menjalani kehidupan di dunia di atas Jalan yang Lurus.
3. Mengetahui permulaan dan pengakhiran hidupnya.
4. Insya Allah, akan berada jauh daripada Kegelapan dan Kesesatan.

Firman Allah SWT:

"Maka apakah orang yang berjalan terjungkel di atas mukanya itu lebih banyak mendapat petunjuk ataukah orang yang berjalan tegap di atas jalan yang lurus?" (Al Mulk 67:22)

Kedua: Sesama Manusia.

1. Tauhid menyatukan manusia di atas naungan Tuhan Yang Satu, Kitab yang satu, Rasul yang satu dan Kiblat yang satu.
2. Iman menjadikan manusia berkasih sayang dan bersaudara.
3. Masyarakat yang beriman akan sentiasa bertolongan dalam kebaikan dan ketaqwaan.
4. Mereka melaksanakan Amar Makruf dan Nahi Mungkar untuk dapatkan keredhaan Allah SWT.

Firman Allah SWT:

"Sesungguhnya orang-orang mukmin adalah bersaudara karena itu damaikanlah antara kedua saudaramu dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu mendapat rahmat." (Al Hujurat 49 : 10)

"Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang makruf, dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada Allah. Sekiranya Ahli Kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka; di antara mereka ada yang beriman, dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik." (Ali Imran 3 : 110)

Ketiga: Manusia dan Kekuatan.

1. Pintu kebaikan dibuka seluas-luasnya.
2. Pertolongan Allah SWT akan diturunkan dan akan memenangkan mereka terhadap sebarang musuh.
3. Orang-orang terdahulu terdiri daripada orang yang lemah dan fakir, tapi Allah SWT kurniakan kemenangan yang besar berkat keimanan dan amal soleh mereka.

Firman Allah SWT:

"Jika sekiranya penduduk negeri-negeri beriman dan bertakwa, pastilah Kami akan melimpahkan kepada mereka berkah dari langit dan bumi, tetapi mereka mendustakan (ayat-ayat Kami) itu, maka Kami siksa mereka disebabkan perbuatannya." (Al A’raf 7: 96)

"Hai orang-orang yang beriman, jika kamu menolong (agama) Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu." (Muhammad 47: 7)

Sunday, July 14, 2013

Kelas UTM di kolej multimedia

Alhamdulillah, kelas di kolej multimedia jalan semarak agak selesa. Disini aku akan menghabiskan semesta pendek tahun ni. Rasanya semenjak belajar di UTM SPACE ni dah lebih dari 3 tempat aku pergi belajar, UTM ni rajin bebenor sewa tempat utk study, tapi takpe sekurang-kurangnya dapat merasa masuk tempat2 orang, hehehe kalau nak harap sorang2 memang takde la nak redah2. Hahaha melalut plak, pensyarah la ni bagi rehat lama sangat. Jom tengok sikit kolej multimedia

Sunday, June 30, 2013

Hari terakhir di UTM skudai

Sibuk dengan lab, tak.sempat bergambar. Inilah kenangan di saat-saat sebelun balik

Minggu yang memenatkan

Alhamdulillah, telah berlalunya minggu yang dangat mencabar mental & fizikal. Sekalipun gagal untuk melengkapkan 100% namun aku tetap berpuas hati dengan kerja-kerja yang dijalankan sepanjang minggu makmal di UTM. Kami diuji dengan sedikit kepayahan serta beperang dengan masa yang ditetapkan. Dalam keadaan ini lah kerjasama setiap orang sangat diperlukan. Tidak dinafikan juga disaat- saat tekanan inilah pada setiap orang itu mudah tewas dengan kesabaran. Begitu banyak benda yang aku kesalkan dengan tindakan dan percakapan di.saat-saat kelam kabut. Moga mereka menerima pohonan maaf dariku. Dalam tempoh ini juga aku dapat membuat profil tentang peribadi kawan-kawanku, terutamanya yang serumah denganku. Hahhaha teringat pesanan junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW bahawa sekiranya kita nak mengenali sahabat kita, bermusafirlah dengannya. Hmmm begitu banyak perkara dapat dipelajari, semoga dapat dijadikan pengajaran. Ape pun hari - hari yang memenatkan itu telah berlalu dan yang penting teruskan hati yang mendatang. InsyaAllah tahun depan akan muncul lagi.perkara yang sama dan mohon lebih banyak perkara baik dapat dilakukan...

Saturday, June 22, 2013

Muadz di UTM Skudai

Alhamdulillah, setelah sekian lama sibuk dengan kuliah hingga tak berkesempatan nak membawa anak - anak berjalan, hari ini diberi rezki oleh Allah untuk menceriakan hati Muhammad Muadz. Muadz happy bila dapat tahu nak pergi Skudai dengan aku, tok ayah n tok mak. Nampak keceriaan. Mujur kebetulan hari nak pergi buat lab d skudai bertembung dengan ayah mertua nak ambil anaknya di utm skudai jugak., jadi untuk menjimatkan kos, maka tumpang jer lah ke johor (balik belum pikir lagi macam mana)
Sampai disini sewa rumah tamu utm yabg paling murah, ade kawan kata sempit, tapi x kisah la, try. Sampai sini terkejut sebab dapat rumah tamu yang besar pada harga paling minimum. Kata org utm,.rumah tu dulu rumah felo, dengan selamber tanya, felo tu aper, terkejut staff situ tak terkata (nampak sangat kurang pengetahuan aku ni). Duduk sekejap lepas check in, family mertua ajak g jejalan bawak muadz, hahaha dari pukul 4 kuar pergi bawak muadz ke legoland, puteri harbour, and kiity world (tapi semua duduk luar jer tak masuk sbb 1. Mahal, 2, semua tutup pkl 6, kamu dampai.pukul.5,30 kat tempat pertama). Masa pukul 5 lbh tetiba rasa tak sedap badan, macam nak demam, jerebu kah? Atau makan tak berhati2. Tapi bila mertua semangat nak bawak anak ku berjalan, aku gagahkan juga. Bukan senang dia nak betjalan, nak harap aku memang tak tahu la bila. Berlari2 muadz berjalan dengan mulut petahnya bercakap sehingga kan x terjawab.
Sehingga la jam 8 malam baru bertolak nak balik untuk makan malam, kami semua sibuk bersembang dengan muadz bagi fia tak tertido sebelum makan malam. Alhamdulillah, sempat jumpa tempat makan sebelum dia tdo. Seronok tengok dia makan malam sebab makan dengan banyak, maybe prnat sangat kot sepanjang siang berjalan,.makan siang pun sikit.
Setelah diduga, tak lama naik kereta lepas makan, setelag tel ummi muadz, tumbang la dia kepenatan didalam kereta, mandi pun tak sempat sebab ngantuk sangat, tukar baju jer.
Bersyukur sangat pada Allah beri peluang padaku menggembirakan anakku walau pun dengan bantuan banyak pihak. Semoga aku mampu menjalankan amanah dengan baik.

P/s.. Ummi muadz n adik Zilal.tak dapat join sbb :
1, kereta macam tak.muat,.dengan barang adik ipar lagi.
2, Ummi ade program sabtu ahad,
Harap ummi n zilal tak jeles dan doakan diberi rezki untuk giliran kita sekeluarga...

Tuesday, April 23, 2013

Rumah terakhir

Sebak sungguh hati ini bila melihat jenazah dimasukkan ke dalam tanah, setiap kenangan bersama bagaikan wayang gambar bermain di mata. Kiri kanan ade melihat insan menangis meratapi pemergian jenazah... Namun aku masih tak mampu menitiskan air mata, Ya Allah keraskah hati ini? adakah bacaan talkin tadi gagal aku jadikan tarbiah untuk ku?
Sungguh aku sendiri tidak mengerti, perasan sedih masih menebal namun bila memikirkan setiap insan yang pulang ke rahmatullah adalah kehendak dan ketentuan Ilahi maka aku redha. Sungguh Allah sebaik - baik perancang. Perjalanan balik ke kl dirasakan lambat sahaja, diiringi hujan lebat sejak dari kampung hingga ke sempadan selangor menemaniku, isteri dan anak-anak sudah tertidur kepenatan, aku meneruskan perjalanan tanpa radio atau satu suara lain pun.... tiba - tiba keluar lirik lagi raihan dari mulutku... "Sebenarnya... hati ini rindu kepadamu, sebenarnya hati ini cinta kepadamu, namun aku tidak mengerti mengapa rindu masih tak.hadir, namun aku tidak mengerti mengapa cinta belum berputik" secara perlahan-lahan mengalir air mataku... Ya Allah semoga engkau kekalkan aku dalam barakahMu..

Saturday, March 16, 2013

Rutin weekend

Inilah rutin yang hampir 3 tahun dilalui, sebelum berjuang semua bg sokongan yang kita kene berani korbankan masa, duit, dan segalanya kerana untuk mencapai cita-cita. Semoga aku mampu untuk.terus mujahadah dalam pilihan yang telah dibuat dan tetap teguh walaupun pada pandangan insan lain aku.telah banyak kerugian dan ketinggalan dalam banyak aspek. Semoga ade yang berasamaku dijalan ini.

Thursday, March 14, 2013

Anak - anak peneman di pejabat

Huhuhu sekian lama bekerja baru sekarang terdetik nak letak gambar anak-anak di pejabat sebagai peneman. Menjadi satu semangat bahawa setiap kerja yang dijalankan perlulah dengan sebaik - baiknya agar mereka menjadi soleh wa musleh. Alhamdulillah Muhammad Muadz hampir 3 tahun dan Nur Zilal baru mencecah 2 bulan lebih

Sunday, February 17, 2013

Sekian lama bercuti

Setelah lama bercuti, malas rasanya nak masuk kuliah.. Terasa ingin berehat, namun setelah berfikir balik ape yg telah dibuat sepanjang cuti ini, xde banyak pun yang bermanfaat, maybe inilah perancangan yg sebaik2 nya.

Tuesday, January 29, 2013

Latihan Software

Bersama rakan - rakan berlajar software MITS, rasanya dah 3 kali tapi still x dpt kuasai sepenuhnya, maybe sbb xde buat projek sebenar lagi. Ia mrupakan satu proses bkn sekadar input... Begitu juga dengan dakwah.....  percaya atau tidak? Cuba lah dulu