Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Sunday, June 30, 2013

Minggu yang memenatkan

Alhamdulillah, telah berlalunya minggu yang dangat mencabar mental & fizikal. Sekalipun gagal untuk melengkapkan 100% namun aku tetap berpuas hati dengan kerja-kerja yang dijalankan sepanjang minggu makmal di UTM. Kami diuji dengan sedikit kepayahan serta beperang dengan masa yang ditetapkan. Dalam keadaan ini lah kerjasama setiap orang sangat diperlukan. Tidak dinafikan juga disaat- saat tekanan inilah pada setiap orang itu mudah tewas dengan kesabaran. Begitu banyak benda yang aku kesalkan dengan tindakan dan percakapan di.saat-saat kelam kabut. Moga mereka menerima pohonan maaf dariku. Dalam tempoh ini juga aku dapat membuat profil tentang peribadi kawan-kawanku, terutamanya yang serumah denganku. Hahhaha teringat pesanan junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW bahawa sekiranya kita nak mengenali sahabat kita, bermusafirlah dengannya. Hmmm begitu banyak perkara dapat dipelajari, semoga dapat dijadikan pengajaran. Ape pun hari - hari yang memenatkan itu telah berlalu dan yang penting teruskan hati yang mendatang. InsyaAllah tahun depan akan muncul lagi.perkara yang sama dan mohon lebih banyak perkara baik dapat dilakukan...

No comments: