Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, August 9, 2010

ERSEDIAAN UNTUK BULAN RAMADAN – Bahagian 1

PERSEDIAAN UNTUK BULAN RAMADAN Bahagian 1

Sebahagian besar sumber bahan digunakan untuk kuliah ini diambil dari Shaikh Muhammad Hussain Yaqoob anak murid Shaikh Uthaimeen Rahimahullah.

Tanya diri kita kenapa kita harus membuat persediaan untuk bulan Ramadan?
Salah satu jawapannya ialah untuk memperolehi hasil yang sepenuhnya.

Bulan Ramadan ialah bulan dimana kita melakukan pengorbanan yang paling besar dan memperbanyakkan ibadah-ibadah seperti amalan membaca Al-Quran, melakukan ibadah Qiamullail dan sebagainya. Mengapakah kita mengerjakan ibadah-ibadah yang hebat seperti ini tetapi masih tidak ada perubahan pada diri kita? Ini disebabkan kita tidak cukup ilmu lantas tidak cukup persediaan untuk meraih keberkatan Ramadan. Kita gagal menikmati Ramadan kerana kita kurang maklumat dan penghayatan mengenainya.  Kita seharusnya berpuasa di bulan Ramadan kerana ia adalah benar-benar bulan yang sepatutnya kita berpuasa.  Sebelum melakukan persediaan itu, kita seharusnya mempunyai perasaan tersangat rindu untuk menyambut kedatangan Ramadan. Diriwayatkan bahawa 'ulama Salaf merindui bulan Ramadan enam bulan sebelum datangnya Ramadan. Gangguan-gangguan (distractions) seperti anak-anak, suami, isteri, kerja, masalah keluarga, boleh melemahkan dan menurunkan iman kita.  Oleh itu bulan Ramadan adalah masa untuk kita menghidupkan kembali (recharge) keimanan kita!

Kita semua mengetahui di bulan Ramadan, para syaitan dibelenggu, pintu-pintu syurga dibuka luas dan pintu-pintu neraka ditutup rapat. Walaupun kita semua telah mengetahui semua ini, adakah kita renungi dan dalami hakikat ini?  Daripada bermulanya bulan Ramadan berlakulah perubahan pada alam semesta.  Tanya diri kita sendiri bagaimana jika Ramadan kali ini adalah bulan Ramadan yang terakhir buat kita?

Nota: Kita dapat apa yang kita hajati!  Maksudnya di sini apa sahaja yang kita ingin lakukan, itulah yang kita akan perolehi. Kita mesti cuba untuk membuka 'matahati' kita, seperti kata Shaikh Hussain Yaqoob, Matahati yang merindui Ramadan akan dapat menciumi bau bulan Ramadan seperti Yaaqob telah terbau baju anaknya Yusuf”.

Kita harus menyedari apakah maksud bulan Ramadan.  Segelintir cerdik pandai mengatakan bulan Rajab ialah bulan dimana benih-benih mula ditanam. Syaban adalah bulan dimana benih-benih itu disirami air dan Ramadan ialah bulan dimana hasil-hasil buah-buahan dipetik.

Bulan Syaban adalah bulan yang kita harus berpuasa sebanyak mungkin, sebanyak yang kita mampu, membaca Al-Quran dan memperbanyakkan zikir-zikir. Jadikan ia bulan ibadah untuk menyambut kedatangan bulan Ramadhan.

Salam Pangeran...

Mohamad Norizzammudin Bin Zulkiflee
0132829759
http://ketuapangeran.blogspot.com/

No comments: