Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, December 1, 2009

Hari Raya Qurban

Salam..

Alhamdulillah, syukur ke hadrat ilahi kerana nikmat yang diberinya. Alangkah seronoknya ketika menunaikan ibadah qurban bersama orang-orang kampung yang bergotong royong melapah daging lembu tanpa mengira darjat mahupun fahaman politik, semuanya berkerjasama. Inilah yang sangat diharapkan sebagai oarang islam sedah semestinya kita semua bersaudara dan saling berkerjasama dalam kehidupan seharian.

Sebanyak 9 ekor lembu yang di korbankan dan dapat disiapkan sebelum tengah hari, alangkah seronok melihat remaja-remaja yang masih lagi disekolah menengah yang sangat teruja untuk melapah daging, tumbang sekor terus kene kerumun, hehehe rasa semangat diorang jauh lebih baik dari aku dahulu. Kami pula biarkan mereka melapah bersama kawan-kawan mereka, janji mereka nak buat. Teringat hari tu di masjid, ada kanak-kanak masuk dan lari, ade seorang hamba Allah terus jerkah budak tu dan suruh main kat luar. Kesian pun ade, macam mana la kanak-kanak nak nerjinak-jinak dengan surau, rasa boleh je tunjuk ajar n beri penerangan yang betul. Rasanya perlu diubah pendekatan ikut cara yang sesuai dengan individu.

Selesai membantu melapah daging terus kerumah hendak bersiap2 ke rumah mertua pulak, tapi macam tak tahan je tengok daging korban tu.. nak rasa jugak walaupun masa agak suntuk. Keluar rumah cari arang, time tu jugak bakar arang dan makan lah kami sekeluarga daging bakar, walaupun niat nak makan daging bakar, alang2 bakar terun la jugak ayam n ikan, heheheh. Alhamdulillah.. semoga pada umat islam yang mengerjakan ibadah korban akan bertambah rezki dengan kehendak ilahi. InsyaAllah kami sekeluarga akan cuba mengerjakannya pula tahun hadapan dengan sepakatan semua. InsyaAlllah.

No comments: