Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, December 16, 2009

Kerja. Ikhlas kah?

Sukarnya bila nak meletakkan keikhlasan dalam melakukan sebuah perkejaan, tidaklah semudah yang ku sangka..
Hari ni pepagi lagi nak kene 'fire' dengan bos. mana taknya kerja yang dier nak urgent baru hari ni aku minta sign. salah akukah? setelah hampir 3 tahun buat kerja melebihi gaji, hampir 3 minggu tanpa bos kecik. dari hal kecil sampai besar nak kene cover. bagi aku boleh je nak tolong buatkan tapi priority keje aku la, tapi bila kene marah sebab kerja yang tolong orang ni dah jadi cam marah pun ade. Sehingga sekarang masih tertanya2 adakah aku tidak ikhlas dengan pekerjaan ku selama ni, kenapa nak marah n tak puas hati? Ya Allah berilah kekuatan untuk aku menerapkan keikhlasan dalam menunaikan kerja.
Alhamdulillah selepas explain hampir sejam dapat gak sejukkan hati bos besar, heheheh bukan main tai chi master tau, memang explain betul2. mujur la bagai kutub utara dah hati dier, sejukkk je.. huhuh. kalau tak panas punggung kat kerusi ni.
Semalam bos kecik dah masuk, digantikan dengan pegawai br dari cawangan PROKOM, hehehe harap2 kurang sket beban kerja aku ni. (boleh ke?) semua pesan, ajar la bos br tu camne cara2 kerja kat sini. heheh teringan bos lama dulu br masuk, rasanya perkara ni akan berulang jugak, bos akan bersilih ganti tapi aku tetap ditakuk lama, benarkah? ohhh tidak aku mempunyai cita-cita, ape yang aku cita kan? heheh tunggulah sehingga aku berjaya sama-sama kita kongsikan. InsyaAllah

1 comment:

Hazu~ said...

memang sukar menilai ikhlas kerana ikhlas itu ibarat semut hitam di atas batu hitam di malam yang gelap gelita. even malaikat pun tak tau tentang keikhlasan kita. yang penting sentiasa perbaharui niat dan berharap Allah terima amal kita