Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, June 16, 2010

Hari Pertama

Hari ni Muadz fisrt day masuk nursery, heheh rasa lain lak bila bagi orang yang tak kenal jaga anak, tapi atas dasar percaya, dikuatkan jugak semangan. Bukan senang nak percayakan seseorang kan? namun kalau kita tak bagi peluang untuk seseorang membuktikan kepada kita macam mana kita nak percaya. Namun sekuat mana pun kita percaya kat seseorang tu tak perlu kita meletakkan senuh 100% kepercayaan kita padanya. Ini bukan kerana sangsi atau bersikap buruk namun itu adalah sifat hati-hati semulajadi. Alhamdulillah pukul 2 ambil Muadz sebab try setengah hari dulu, huhuh pagi tu sempat la jalan-jalan mencari barang keperluan rumah.

Hari ni cuti, semalam kerja separuh hari sebab hal pinjaman perumahan tersangkut, ade beberapa perkara yang tak lengkap dan perlukan tindakan yang cepat, ahhahah, lepas mintak izin bos terus ke klang untuk menyelesaikan, dah la time lunch, dah kene tunggu pukul 2.00 baru kaunter bukak. Alih-alih setel kul 4.00 ptg dan terus balik rumah. hehehe main ngan Muadz yang dah mamai mamai dek mengantuk. Ni sekarang sesorang lepak kat cyber cafe kat petronas, patutnya ade Usrah gabungan tapi clash plak ngan usrah wife, sian tgk dier dah lama x join, bagi la dia dan mengalah tapi dengan syarat kalau next time aku punya turn plak. hahahah baru la bertolak ansur. Baru perasan, hari ni first day Muadz duduk di taska dan hari 1st dia ikut ummi dia join usrah, moga-moga dengan pendedahan awal Muadz pada program-program agama ni akan menjadikan dia seorang hamba Allah yang Soleh dan Musleh.

Dari dalam ni nampak jelas kedai makan kat depan penuh dengan orang tengok piala dunia, mujur la memang dari kecil tak pernah tergila-gilakan bola, hahahha kalau tak ade la terjebak ngan mereka. Agak-agaknya semangan rakyat malaysia sekarang masih ingat tak serangan zionis israel pada rakyat palestin dan kesamsengan mereka pada seluruh umat islam? atau sekarang dah demam bola sampai ape yang dijerit-jeritkan minggu lalu hilang ditelan angin, semangat-semangat membara membenci israil padam oleh coca-cola piala dunia, hahahha. Itulah realiti umat sekarang. Ingat lagi ketika negara malaysia lancarkan boikot terhadap barangan israil 2-3 tahun dulu, termasuk la mcD dan Kfc, tengok mendapat sambutan dengan berkurangnya oarang islam ke sana, malangnya apabila kedua-dua nya mempromosikan harga rendah pada lunch hour, serendah RM5. maka berduyun-duyun mereka yang membeli kembali, sampai takde tempat duduk la, hahahah alangkah hebatnya startegi mereka. Tapi hari ni dengan musim bola sahaja tanpa startegi baru semua dah lupa. Tahukan kita bahawa ade kilang mcD dan KfC yang ditubuhkan di tanah jajahan palestine? sama-sama la kita berfikir, sesungguhnya ade kebaikan kepada mereka yang berfikir......

No comments: