Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday, June 11, 2010

Forum Palestin

Salam...

Sekarang rakyat malaysia sibuk mempekatakan isu palestine, isu yang sepatutnya diambil berat dari dahulu kerana saudara islam kita sedang teraniaya dan ditindas. Namun rakyat kita hanya mengambil tahu sekiranya rakyat kita sendiri terkena, inilah semangan nasionalisme yang ditanamkan oleh oarang barat pada kita. Kita dipecah-pecahkan mengikut negara sedangkan kita lupa bahawa yang kita perlukan bukan sekadar negara tapi adalah daulah Islamiah. Walaubagaimanapun insiden yang berlaku dapat juga membuka mata ramai rakyat malaysia agar bangkit satu suara menentang kekejaman zionis, Alhamdulillah.

Rabu lepas saya dapat meluangkan masa dengan izin Allah pergi ke satu forum palestin yang dianjurkan oleh Asqa-As-sharrif di dewan MBPJ bersama beberapa sahabat sefikrah. Disana saya dapat bertemu juga dengan sahabat-sahabat daurah yang pernah join, seronok bila dapat bertemu dalam majlis kerana Allah. Beberapa panel dari seorang ke seorang memberi ucapanyang hebat walaupun masa yang diberikan 20 minit agak singkat, namun mereka mampu mencapaikan objektif pada kami. Antara panel yang hadir termasuk jugak rakyat malaysia yang menjadi tawanan rejim zionis pada insiden 31 mei lalu. Allahuakbar. Semoga semua yang hadir dirahmati Allah dan dapat memberi sokongan kepada rakyat palestine, sekiranya tidak mampu member sumbangan cubalah agar memboikot produk-produk besar israel dalam negara kita sebagai langkah kecil yang mampu. InsyaAllah.

Fareed Fahmy dan Nizam yang bersemangat
Suasana Forum Palestine

No comments: