Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday, May 21, 2010

Ciri-ciri dakwah (bhgn. 2)

TECHNICAL SPECIFICATION
Dalam kerjaya seorang jurutera, spesifikasi atau singakatannya spec sesuatu jentera atau perkakas sangatlah penting. Malah, ianya lebih penting berbanding paras rupa fizikal sesuatu perkakas itu. Ini berbeza dengan sudut pandangan orang-orang umum: mereka biasanya lebih cenderung pada keindahan dan keunikan paras rupa sesuatu alatan semata-mata. Misalan contoh kereta. Secara umum, orang awam lebih cenderung memilih kereta bersandarkan reka bentuk dan rupa fizikal kereta tersebut (dengan mengabaikan sebentar tentang soal harga). Ini tentunya berbeza dengan mereka yang memang berjiwa jurutera, semuanya terletak pada specnya. Kami para jurutera lebih rela memiliki sebuah kereta bak “peti ais” asal enjinnya bagus, suspensionnya class, breknya mencengkam, absorbernya mantop dan sebagainya, berbanding memiliki kereta bak rupa Knight Rider yang hanya indah khabar dari rupa misalnya. Kerana para jurutera –barangkali- lebih menghayati tujuan asasi wujudnya kereta itu: sebagai sebuah medium pengangkutan semata. Atau, istilah yang biasa kita para aktivis dakwah gunakan, iaitu wasilah. Maka, untuk menunaikan “tujuan hidup” sesebuah kereta, tentunya spec jauh lebih mustahak berbanding paras rupa fizikalnya.

Begitulah juga dengan sesebuah jemaah dakwah. Apalah ada pada nama, andainya ciri-ciri atau khoshoisud da’wahnya tidak bisa menghantar kita kepada keredhaan Tuhan? Lantas, dengan memahami betapa jemaah itu sebagai wasilah bukannya tujuan, cirri-ciri dan karesteristik dakwah itulah yang harus kita perhatikan. Nah, apakah karakteristik sesebuah gerakan dakwah itu?

Yang pertamanya ialah rabbani. Inilah juga yang disebutkan oleh syeikh Fathi Yakan di dalam bukunya Apa Ertinya Saya Menganut Islam, lantaran kefahamannya yang dangat mendalam akan kepentingan dakwah yang rabbani ini. Tapi, apa itu rabbani?

Dalam bahasa mudah, rabbani itu ialah “rabb orientated”. Kalau orang yang “bola orientated” misalnya, ia akan melihat semua perkara yang dilihatnya akan ada kaitannya dengan bola (semisal iklan Celcom satu masa dahulu) hingga makannya bola, tidurnya bola (hanya minumnya sahaja Coca-cola), maka, orang yang “rabb orientated” akan senantiasa melihat, malah merasakan kebesaran Tuhannya dalam setiap kejadian, dan segenap peristiwa yang dilihat dan dilaluinya sehari-hari.

“Dan kelak akan KAMI perlihatkan kepada mereka ayat-ayat (tanda-tanda kebesaran) KAMI di segenap ufuk dan pada diri mereka sendiri, sehingga jelaslah kepada merepa sesungguhnya (al-Quran itu) adalah kebenaran..” (Surah Fushilat [41]:53)

Jugam rabbani itu adalah sifat yang menjadikan tarbiyah “melekat” pada dirinya. Ertinya dakwah yang rabbani, akan senantiasa menjadi tarbiyah sebagai “main product”nya, biar mihwar mana pun yang ia lalui. Persis restoran KFC yang menjadikan ayam sebagai “main product”nya, biarpun sehebat mana pun pelanggannya menggemari udang yang ia tawarkan.

Dan rabbani –seperti mana tauhid rububiyyah yang diterima oleh semua kalangan- juga harus mempunyai “sifat kemanusiaan” itu. Biar pun dakwah sememangnya menuntut sebuah pengorbanan, tetapi pengorbanan-pengorbanan itu masih dalam rangka kemanusiaan. Misalnya, tapi sepatutnya seorang murabbiyah/ naqibah mengarahkan anak usrahnya yang sedang mahu bersalin untuk tetap hadir ke usrah, hanya sekadar beralasan “anti kena berkorban ukhti..” Iya, ukhti itu memang harus siap untuk berkorban, tetapi awak wahai sang murabbiyah pula harus lebih bersifat peri-kemanusiaan. Lupakah anda dengan hadith Nabi SAW; “orang yang tak mengasihi, tidak akan dikasihi”? Benarlah pendapat al-Ashfahani tentang ta’rifnya tarbiyah: Insya’us syai halan fahalan ila haddit tamam (menumbuh-kembangkan sesuatu, hal demi hal (step by step) hingga had kesempurnaannya.

Dakwah yang rabbani, itulah cirri-ciri asasi sebuah gerakan dakwah. Kerana Rabbani tiap tahun jadi kumpulan Nasyid terbaik. Bukan UNIC, bukan Raihan, Hijjaz, dan yang lain-lainnya.

                                                                           Perkongsian daripada Ir. Faridul Farhan Abd Wahab

No comments: