Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday, May 21, 2010

[kajian manhaj]: Ciri-ciri dakwah (bhgn. 1)

Berapa ramai yang pada kami
Tetapi dia bukan daripada kami
Dan berapa ramai yang daripada kami
Tetapi dia (sebenarnya) bukan pada kami

Tidakkah kau nampak wahana yang harus ditanggung oleh sesebuah gerakan dakwah, begitu tubuhnya semakin membesar, ahlinya semakin bertambah, dan gerak-kerjanya mula menampakkan penghasilan? Serentak dengan tertariknya manusia berbondong kepadanya, maka serentak dengan itulah keaslian gerakan dakwah itu mula terhakis. Para pendokong yang mula bersamanya tidak lagi tertapis. Hingga hal-hal asasi yang dulunya menarik minat sekelian ramai orang, sudah mula pahit dan kehilangan manis.

Hingga, berapa banyak gerakan Islam di Malaysia yang mengaku bahawa merekalah Ikhwan Muslimin cawangan Malaysia, tapi saling bercakaran sesama mereka? Mereka mengambil manhaj dakwah Ikhwan, tetapi tarbiyah yang menjadi “main product” Ikhwan sahaja tidak lagi mereka titik-beratkan?

Atau mereka yang mengaku bermanhaj Salafi, tetapi akhlaq dan pemahaman mereka justeru memalukan sahaja para pengikut dakwah Salafiyah ini. Hingga ke tahap membawa fitnah kepada dakwah Quran dan Sunnah ini.

Begitulah, berapa ramai yang mungkin ia memang sebahagian daripada sesebuah gerakan dakwah, tetapi criteria yang ia miliki tidak selayaknya menghiasi criteria gerakan dakwah yang ia ceburi? Dan, berapa ramai juga yang mungkin ia tidak bersama gerakan dakwah itu secara zahiri, tetapi fikrah dan kesungguhannya menjadikan ia bersatu dengan jemaah dakwah secara fikri dan qalbi.

Lantaran itu, ketika kalian mahu memilih untuk terjun ke dalam dunia dakwah, tentunya bersama sebuah khafilah dakwah, usahlah anda melihat “nama” jemaah dakwah itu, sebaliknya lihatlah karakteristik dakwah, atau khosoisud dakwah yang ingin anda abdikan dirimu terhadapnya. Kerana tiada ertinya anda berada di dalam jemaah dakwah yang betul dan terbaik, dari segi namanya, tetapi gerak kerjanya jauh panggang daripada api daripada induk jemaah dakwah yang sebenarnya. Jika tidak bertentangan dengan kitabullah dan sunnah rasul-Nya.

Melihat kepada khosoisud dakwah (cirri-ciri atau karekteristik dakwah) adalah umpama kita melihat apa yang diperkatakan (ma qouli) oleh seseorang, berbanding melihat orang yang bertutur kata (man qoula) itu. Dengan sebegini, anda bukan sekadar bersama khafilah dakwah ini secara sembrono, tetapi anda justeru memilih bersama dakwah ini di atas dasar cinta. Iya, dasar cinta.

Lalu, apakah cirri-ciri dakwah yang harus lagi wajar kita terjun ke dalamnya? Bersambung di perbahasan yang lain insyaALLAH.


Perkongsian daripada Ir. Faridul Farhan Abd Wahab

No comments: